Apa khabar hati,lama sudah tidak menjengukmu.Apa khabar Imanmu?Makin mantapkah penguasaanmu tentang Islam,Makin elokkah Amalmu selama mana kita tak bertemu??Alhamdulillah,usia semakin bertambah,Alhamdulillah,kesihatan sentiasa baik bahkan masih mampu tersenyum dan masih mampu menjalani aktiviti kehidupan di dunia.Masih mampu menatap wajah insan yang tersayang..Bonda...Ayahanda,Adik beradik dan sahabat.
Salam 5 syaaban
Dalam-diam-diam,tanpa sedikitpun kita sedari akan pantasnya masa berlalu,kita sekarang dah masuk bulan syaaban...Lalu apa persiapanmu? Apa yang kamu hamparkan untuk menyambut kekasih tercinta Ramadhan nanti?
Hati........
Hati yang merindukanNya.Perelokkan tingkahmu,perkemaskan Imanmu,Perbaiki amalmu.
Wahai Tuhan yang Indah,Perindahkanlah Akhlak kami
Wahai tuhan yang Maha sempurna,Sempurnakanlah amalan kami
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Lindungi kami dari hati yang suka berangan-angan
Wahai tuhan,Segenap hati kami,lirih aiar mata kami
jadikanlah ianya sebagai tanda kesaktian dan cinta kami.
Amen.
~5 syaaban~
14/6/2013