Tuesday, October 16, 2012

Ikwanku

 Bismillahirrahmanirrahim..




Maha suci Allah yang telah mentakdirkan sesuatu buat hambaNYA. Syukurlah kerana dengan nikmatnya kita masih mampu untuk mengecapi cita-cita dan seterusnya tersenyum bahagia,dan kadangkala dengan nikmatnya yang datang dalam bentuk ujian. Beruntung sekali kita..Hiduplah dengan sebaiknya kerana DIA telah bekalkan kita dua benda yang utama..Alquran dan Assunnah. hiduplah dengannya.

Untuk para pemuda dan para pemudi..Alhamdulillah,Allah telah hadirkan Rasulullah di dunia,meskipun amat jauh sekali jarak kekasihnya dengan kita, Moga-moga kekasihnya itu sentiasa meniti di bibir dan jiwa.

Siapakah yang paling ajaib imannya,Rasulullah telah bersabda: 


Sebuah thoifah akhir zaman, datang sesudah kewafatanku,tak pernah bertemu denganku, tapi sangat mencintai diriku, melebihi rindu pada anak & ibu bapa mereka  rindu oh rindunya aku pada mereka, ya rindunya aku pada mereka,

"wahai abu bakar,tidakkah kamu juga merindukan mereka sedangkan mereka sangat merindukan diri kamu,kerana kamu sahabatku..mereka adalah ikhwanku,saudara-saudaraku, sedangkan kamu sahabat-sahabatku.Berbahagialah orang yang bertemu denganku,dan beriman denganku,berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku tapi beriman denganku.."

Ikhwanku orang ganjil di kalangan ummul mukminin, kerana mengikut cara hidup para siddiqin, berakhlak dengan akhlak nabi-nabi, berjuang bak tentera badar di kebangkitan kedua..Al-Mahdi dan Fata tamimi bersama jemaahnya,mereka adalah para ikhwan di akhir zaman, Di tangan inilah ALLAH-kan Islamkan dunia. Jika kamu telah mendengar tentang mereka, berbaiahlah sekalipun kamu terpaksa merangkak di atas salji,sekalipun kamu terpaksa merangkak di bara api.


InsyaALLAH , Semoga kita antara insan yang dirindui Rasulullah. Selamat berjuang teman.  Berjemaah demi ummah!...