Tuesday, June 5, 2012

Ikatan Suci

Mereka datang ke bilikku, bersimpuh di atas tikar,lantas bertanya kepadaku tentang Islam yang sebenar-benarnya, Ada seorang sahabat membantu, Apa yang aku tahu,aku menjawabnya,apa yang tidak aku ketahui aku diam. Akhir persoalan, Ada seorang adik menanyakanku tentang jemaah islamiyyah.Ku dongakkan wajah ke arah mereka,Melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengetahui jawapannya lalu ku tersenyum dan menerangkannya.Mereka itu adalah orang-orang yang menegakkan islam,menegakkan Kalimah yang Agung iaitu Lailahaillallah,muhammadurrasulullah, Tiada tuhan melainkan Allah,Dan muhammad itu pesuruh Allah di atas satu ikatan. Ada Riak gembira di wajah mereka,lalu ku tanyakan kepada mereka..Kenapa tanya seperti itu..seorang daripada mereka menjawab."Kami ingin menyertainya,Bantu kami kak!".Sebelum sempat untuk aku mengiakannya, Azan subuh berkumandang tenang."Kita solat dulu ye??Jom Ambil wudu'..............".Aku bangun dan membuka mata.Hairan,Bilik gelap,mereka tiada di hadapan.Bisik hati,Aku bermimpi rupanya...Pembukaan subuh diakhiri dengan sebuah mimpi indah.memulas tombol pintu bilik,Azan dari masjid sayup-sayup kedengaran.Hujan rahmat!!!


Malam Sebelum itu
:::::::::::::~~~~~:::::::::::::


Assalamualaikum...
Malam ini akan diadakan jamuan untuk geng2 usrah..
Kami dengan berbesar hati menjemput kak fatihah
dan kak ema sebagai VVIP dan pembaca doa.
hehe..bertempat di surau blok c lpas maghrib.
Law boleh nak solat isyak jemaah sekali.
Teringin nak jd makmum kak~Baiti~

Mesej yang diterima di tatap sayu, Selama buat usrah dengan mereka tak pernah sekalipun solat berjemaah bersama-sama. Mana taknya, Selalu buat pagi, selepas asar, dan selepas isyak. Allahurabbi. Adik-adikku ni. Selepas beberapa ketika, mata terpaku kepada sebuah modul usrah. Tajuk apa yang hendak aku bentangkan dan bincangkan bersama dengan mereka pada malam nanti?? Persoalan macammana dan bagaimana nak bentangkan itu acap kali datang apabila setiap kali nak buat usrah. Bukan apa, Untuk menarik perhatian dan minat mereka dengan lebih mendalam. Ooo.. Bab tarbiah belum dibentangkan lagi..Lantas membaca isi yang terdapat di dalamnya. Allah, Permudahkan urusanku,  lancarkan percakapanku, dan tusuklah perkataanku sehingga berkesan di hati mereka. Ikhlaskan niatku!! Harapku seusai menelaah helaian kertas yang berwarna putih suci itu.

Setelah selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba, aku bersiap-siap untuk ke sana. Apa yang diorang buat? Dah selesaikah urusan mereka? Telekung untuk solat diletakkan di atas katil dan dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam beg biru yang dah lusuh. Walaupun dah pudar warnanya, beg inilah yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.Setia...(^_^)

###################################################################


"Ässalamualaikum", Sapaku kepada penghuni surau blok c sambil bibir tersenyum kepadanya.Dia yang sedang menyapu  debu-debu membalas salamku. Namanya bazilah, berasal dari melaka.. "Waalaikumussalam kak, Lama tak jumpa kak, saya nak habiskan kerja saya ni dulu, nanti kita salam ye".Pintanya.

"Ok.......,eh-eh, Comelnya anak-anak kucing ni, Kucing blok ni ye? Geramnya kak! Nak kacau mereka...". Beg yang tersandang di bahu, ku letakkan di tepi dinding dan kembali menghampiri "mereka" yang comel tu.Menjentik hidung si ibu, si anak pula yang buat muka..Haha,Tergelak seorang diri..



Melihat adik-adik usrah menghampiri, kami bersalam dan berpeluk semut sesama kami. Seorang daripada mereka menanyakan tentang kak ema, Kesiannya, kak ema tak dapat datang sebab dia ada hal lain. "Takpe, malam ni ada makan-makan kan?? biar akak yang tolong makankan, nanti kita ambil dan tagkan gambar makanan kat dia dalam fb dia....Hihihihi..". Mereka ketawa dengan omolanku. Biarlah asalkan mereka tidak terasa. Jom kita ke tengah sikit, Pintaku. Kita buat sedikit usrah dulu ya sebelum kita solat jemaah dan makan. Senyumku sambil melihat wajah-wajah mereka yang rindukan suasana usrah.Alhamdulillah......

"OK, malam ni sapa yang nak jadi pengerusi?" Melihat mereka menundukkan kepala, tersenyum malu, ada yang pucat mukanya, yang bermain hujung tudung dengan jarinya, ada yang asyik memandangku,  dan ada yang memandang siling sambil memuncungkan mulutnya. Hahahaha.."macam-macam adik-adikku ni"..tercetus di dalam hati. Saling suruh menyuruh antara satu sama lain." Satu saat nanti, akak akan pergi, jadi adik-adik semua kena bersiap sedia, sebab nanti adik-adik akan jadi seperti akak nanti, jadi mak usrah!"..Ku buat muka merajuk..

Nini mengangkat tangan untuk menjadi wakil sahabat-sahabatnya...."Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, sebelum kita mulakan majlis kita, kita bukakannya dengan Al-fatihah.............

Terima kasih kepada kak fatehah dan teman-teman kerana sudi hadir ke majlis ni, Majlis makan-makan ni di adakan sempena nak makan-makan la...hee,....Majlis ni diadakan untuk meraikan kak dan kak ema sebagai pengusrah kepada kami,Terima kasih sebab ajar kami apa yang kami tak tahu.....Sebelum kak mulakan usrah nati,saya nak tahulah sedikit sebanyak tentang usrah dari teman-teman pasal usrah yang  telah kak buat...sebab saya masuk ke dalam geng usrah ni pun dah agak lewat sikit berbanding teman-teman yang lain. ".. 

Pembukaan majlis yang mengombakkan jiwa. Tenangkan hati seketika..

Ku pandang wajah Bazilah, lantas dia menerangkan kepada teman-temannya tentang aktiviti yang telah dijalankan  dan tajuk-tajuk sepanjang usrah. Ada tentang akhlak seorang muslim, Uda dan dara, Perihal tentang rasulullah, Pemantapan aqidah, Ibadah dan banyak lagi. Aktiviti pula, Melukis, Berbuka puasa sekali,rehlah di tasik, Pertandingan bertentang mata dengan tentera monyet...hihihi dan banyak lagi la.

Kebanyakan daripada adik-adik adalah mereka yang tiada mengenali apa itu usrah, Mereka ingat,usrah ni macam mendengar ceramah,taklimat dan sebagainya sedangkan usrah itu boleh direalisasikan dengan rehlah, makan-makan, bermain sukan, shopping, melawat satu-satu tempat dan selainnya secara berjemaah..

Selepas penerangan oleh adikku bazilah selaku senior  kepada teman-temannya di dalam usrah tu, aku meneruskan niatku dengan memberi sedikit pencerahan kepada mereka walaupun aku gelap orangnya....
Setengah jam berlalu dan azan isyak berkumandang damai. Majlis ditutup dan masing-masing mengambil wudu'....

Menjadi imamah kepada mereka..(^^,). Selesai berdoa dan berpeluk mesra, masing-masing melipat sejadah..Bazilah dan atirah ke belakang sedikit, ku lihat mata mereka digenangi air..(=.=)

"Masak kat mana mihun dan semua ni?"..Tanya ku sambil mengambil pinggan plastik untuk dihidangkan kepada semua...

"Kami masak kat cangloon kak, rumah kakak atieka." Balas Bazilah.

"Hah?? Pergi dengan apa?? Susah-susah je semua ni." Sayu.....(=.=)

"Kami pergi dengan bus kak, balik dengan kereta sewa. Balas atieka pula."

"Ya Allah, dengan bawa makanan ni??"....Bertambah sayu!!(=.=)

"Aha kak,takpe la kak, kak, nanti kak potong kek tau,kita ambik gambar..Terima kasih kerana mengajar kami Al-quran dan menasihati kami tanpa mengenakan sebarang bayaran.." Pujuk Fatmah yang sama negeri denganku dan aku, hanya mampu menahan perasaan agar deraian air mata tidak dilihat mereka.



Sedap mihun yang korang masak ni. Terima kasih atas hadiah dan makanan yang korang sediakan ni. Allah dah membalasnya dengan ketenangan yang ada.

Hebatnya pertemuanMU ini ya ALLAH, Bukakanlah jalan kepada mereka dan kepadaku untuk memasuki syurgaMU..Makbulkanlah doa kami dan jadikanlah kami hambaMU yang solehah dan hambaMU yang mukminah.

~~Allah,Grace of love.....~~

No comments:

Post a Comment