
Lemah,sakit hati,Rasa menyampah?Amboi,amboi...Macammana nak buat??
Mintalah bantuan dari Allah yang punya kekuasaan. Siapa la kita ni kan. Tak punya kuasa pun, Power rangers, keluang Man, Usop santoria, Spiderman, doraemon dan lain2 pun takkan dapat membantu kita. Memanglah dengan mereka kita akan hilang stress,tapi hilangnya stress tu hanya sementara je,Gelak-gelak,pahtu sedih balik..Nak minta bantuan sahabat2? Yes..Tak dinafikan ada sahabat yang boleh tolong dan ingat ye..tak semua perkara mereka dapat tolong..ce bagi contoh sat.....
::::::::::"Emmm,Ko boleh tolong aku tak?
>>>"Tolong ape weh?"
::::::::::"Tolong kemas bilik aku nanti.."
>>>"Banyak cantik muka ko..ye la,ye la..sat lagi ye,tahu rumet ni aku sibuk.."
Dalam satu hal pula......
Yasin:Spiderman,aku ada masalah..........
Spiderman:Apa masalah hang?Kalau chek dapat tolong,chek tolong....
Yasin: Aku......aku ada penyakit kanser,Boleh tak kau panjangkan umur aku lagi.....
Spiderman:Astaqfirullah!!hang dah kena histeria ka? Chek ni buatan manusia,hang pula hamba...Tak baik eh lagu tu,..Mintalah kat penciptamu..mintalah dengan DIA..DIA yang datangkan penyakit, DIA jugalah yang bisa menyembuhkan penyakit...
Seperti yang da tertulis di atas tu la geng...ada setence2 perkara tu,kita boleh minta bantuan dari manusia,dan kita kena juga sandarkan harapan dan pertolongan kepada ALLAH.
Hati ni juga punya masalah,sebab tu try pujuk dia dengan menaip kata2 ni.Bior bagi semangat sikit. Minta pertolongan dengan ALLAH,insyaALLAH..kalau bersungguh-sungguh,u can get what u want..
Emm..sebenaqnya..sebenaqnye kan.....
nak cakap sikit kat hati ni.
"Wahai hati...Setiap yang menimpa ke atasmu,terimalah apa adanya.Sekiranya ALLAH menguji,terima sahaja ujian itu...kerana bila hati diuji,dan kamu dapat menangani,Hati mu itu akan kuat melawan ujian yang mungkin datang lagi..Wahai hati, usah mengharap pada manusia kerana apabila manusia memutuskan harapanmu, kamu akan terluka dan merana....Wahai hati,Jangan dicari kesempurnaan pada diri manusia yang kamu cintai dan sayangi,kerana dia juga punya kekurangan di sebalik kesempurnaan,ini kerana apabila mengharap kesempurnaan,kamu akan terluka kerana satu kekurangan...."
Nobody was perfect.... Patah hati, kenalah bangkit sendiri. Diri ini juga punya kelemahan....Ku doakan kalian bahagia sentiasa...
No comments:
Post a Comment