Daripada Anas bin Malik r.a berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:Allah berfirman:
Sesungguhnya DIA lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Wahai anak adam!Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKU maka aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap itu sesuatu bebanan. Wahai anak adam!, Sekalipun dosamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak adam!, Jika kamu menemuiKu( selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudian kamu menemuiKu dalam keadaan yang tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Riwayat Imam Tarmizi.)
Sesungguhnya Allah itu adalah pencipta yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Oleh itu, Kembalilah kepada DIA Allah azzawajalla kerana DIAlah satu-satunya tuhan yang menjadikan kita.
.jpg)
No comments:
Post a Comment