Saturday, April 21, 2012

Bingkisan ukhwah




Sejernih embun sesejuk salju,
Seharum bunga mekar di taman,
Sebersih pasir pantai yang memutih
Indahnya ibarat ukhwah kita..
Allah telah berfirman dalam alquran,
Orang beriman adalah bersaudara,
Tiada nilaian harta dan darjat,
Asal bersatu dalam dua kalimah ,
Manis ukhwah dapat dirasa,
Kerana madunya kasih sayang,
Andai ianya telah binasa,
Diri manusia hidup kesepian,
Hati insan gersang kekosongan,
Andai tiada pada ketakwaan.
Jadikan ukhwah sejati,
Hindarkan segala sengketa.
Agar hati diberi ketenangan,
Hidup ceria tiada kesunyian.


Nurul Fatihah
~1.03 pagi~

No comments:

Post a Comment