Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu..

Bismillahirrahmanirrahim



Segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha pengampun,segala puji hanya untuk dia yang sentiasa melindungi dan menjaga diri ini.Subhanallah,jika menghitung segala apa yang aku lakukan di dunia selama 23 tahun ni, tak terhitung segala anugerah dan nikmat yang diberikanya kepadaku. Ibu,ayah, abang, kakak, adik,saudara mara, sahabat dan segala isi dunia untuk menemaniku dalam perjalanan, dan sesekali DIA tidak membiarkan aku hidup sendirian.ALHAMDULILLAH...

13/5 merupakan hari ibu sedunia. Syukur kepada allah kerana telah mengurniakan aku seorang ibu yang sanggup menemaniku dan memberi kata-kata semangat kepadaku saat aku resah dan gelisah, turut tersenyum ketika aku ketawa ceria. Bukan setakat itu yang ia berikan kepadaku...Kasih sayang yang setulusnya, pengorbanan yang tiada taranya, Doa yang tiada penghujungnya, Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau telah menurunkan bidadari ini di dunia untukku.

Di relung hati sentiasa merindui, semalam aku telah menelefon ibuku.........

NURUL: Selamat hari ibu mak....

MAK: terima kasih la sebab telefon.(mak ketawa)

NURUL: mak,nurul tiada hadiah nak bagi..yang ada hanya doa...(hati sayu secara tiba-tiba..)

MAK: takpe la takde hadiah pun, teringat kat mak pun dah cukup...(ada nada sedih di situ...)

Terima kasih ya ALLAH engkau telah mengurniakan IBU kepadaku..tanpa ibu, tiadalah aku..

Sebagaimana kamu menjaga bunga yang kamu sayang,begitulah juga ibu yang menjaga kamu, tapi menjagamu lebih dari kamu menjaga bungamu.

Peluk cium dari anakanda yang jauh di mana, dekat di jiwa. InsyaALLAH ibu,ku lakukan yang terbaik dan terdaya untuk menjadi anak yang solehah untuk mu...




No comments:

Post a Comment