Friday, May 18, 2012

Usrati..(^^,)

Bismillahirrahmanirrahim...


Rindunya nak bersama-sama dengan DIA..nak sujud lama-lama..Rindu semakin membuak-buak. Bagaikan mahu bertemu dengan kekasih tercinta. (^^,),,


Pelbagai cara yang diri ini buat untuk melayan perasaan ini. Berzikir bila bersendiri, mengajar mengaji untuk meraih cinta suci, berbicara denganNYA juga, terkadang tersenyum sendiri bila terasa bicara ku seolah-olah terbalas dan dijawab olehNYA..terasa juga diri ini bagaikan orang gila. Tak apalah...Rindulah ALLAH,Kerana kepada DIA juga tempat kita kembali.

Hari ni mengajar mengaji, muqaddam dan dengar bacaan adik-adik usrah di UUM ni. Alhamdulillah, ahli bertambah seorang lagi. berasal dari negeri sembilan, norliza namanya.Adik-adik yang lain dah lancar muqaddam. Alhamdulillah, Baiti, wani, ina,yang dulu tak tahu baca huruf hijaiyyah dah boleh baca huruf-huruf yang bersambung, dah tahu yang mana panjang dan pendek. Alhamdulillah, bukan saja boleh baca muqaddam, malah dah jadi budak-budak baik dah, dalam halaqah pun dah banyak mulut. Alhamdulillah.. Sekarang jumlah adik- adik usrah seramai 12 orang....moga-moga semuanya akan bersama nanti,bagai sebuah ikatan lidi,kuat dan takkan patah..(^^,)

GENERASI...
##########




Diri ini akan pergi juga dari UUM ni.Jadi untuk meneruskan Usrah dan kelas mengaji ni, diri ini cuba untuk mendidik dan melatih adik-adik untuk menjadi mak usrah, tapi buat masa ni diorang masih malu-malu, tak tahu apa nak dibincangkan...hehehe...Teringat satu ketika, tatkala berusrah di padang yang lapang, bau rumput yang segar yang masih baru di mesin, kami berhalaqah sambil bersantai. tatlaka itulah datang tentera monyet ke arah kami. "Tak boleh lari...nanti dia kejar". Kata seorang sahabatku."Ok...kita jangan lari..kalau dia datang,kita buat dek je ye..".aku mententeramkan adik-adik yang semestinya muka mereka dah kelihatan pucat..dan aku???turut gementar juga.Biasalah, tentera monyet di UUM ni memang ganas semuanya. Sesekali aku melawak, "sabar dik, diorang nak join usrah dengan kita...zikir kepada ALLAH.."

Diri ini semakin gementar saat tentera monyet tu datang semakin dekat..kami menunduk bermohon kepada ALLAH agar diberi kekuatan, Ku mendongak sedikit untuk melihat adik-adik,mereka menangis sambil bibir menyebut nama ALLAH, Bau hamis si monyet tersangat kuat. dan ku tahu, si monyet tu berada di belakang ku. YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH.....lama juga kami bertakafur di situ..menunggu tentera monyet beredar."kak, jom kita lari...."pujuk seorang daripada mereka."ok,tapi kita gerak pelan-pelan,dan sorang-sorang..jangan lari..."arah sahabat yang ketika itu matanya masih merenung mata si monyet yang berada di atas dahan berdekatan dengan diri ini.
Fuh....Lega seketika, Alhamdulillah....melihat monyet itu beredar, perasaan gemuruh yang tadi memuncak dalam diri juga beredar. tapi still  kaki dan tangan masih menggeletar. Ketika dalam keadaan macam ni baru kita nak mengingati ALLAH kan..cuba ku pancing adik-adik untuk tenang..Senyap semuanya..hihihi..takut lagi la tu....

Semoga apa yang ku curahkan kepada adik-adik akan terkesan di hati mereka.InsyaALLAH..sedang menunggu seorang adik lagi.Nak ajar dia bahasa arab..^^, tapi sebelum ajar bahasa arab, kena ajar huruf hijaiyyah dulu..tak kenal huruf hijaiiyah,susah untuk baca dan tulis nanti..

Semoga berjaya semuanya Dunia dan Akhirat.Ameen..

No comments:

Post a Comment