Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH yang maha
pengasih lagi maha mengasihani. Segala apa yang ada di langit mahupun di lautan,mahupun
di daratan adalah menurut segala kehendak dan perintahMU. Segalanya patuh dan tunduk dengan arahanMU. Sungguh ENGKAU lah
yang maha kuasa atas segala kejadianMU. Begitu jugalah dengan diri ini. Kena
patuh sepenuhnya dengan segala suruhan dan laranganMU.Ampuni segala dosa kami. Selagi
diri tak dikebumi, selagi itulah musuhMU akan tetap mengawasi kami dan cuba
untuk menjahanamkan kami sehingga mereka berjaya menakluk dan menjunamkan kami
ke dalam api yang sangat panas membahang iaitu nerakaMU.ENGKAU lah yang
berkuasa dan kami memohon perlindungan daripadaMU dari segala dukacita dan
lindungi lah kami agar kami tetap di jalanMU. Maha Agung wahai Tuhan yang maha
Pengampun. Ampuni dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami yang menggunung tinggi.