Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini merupakan hari yang paling indah sekali yang saya
rasa,persis hari-hari yang telah berlalu, tapi hari ini begitu aneh, sukar
untuk digambarkan perasaan ini. Bermula pagi yang bercahaya, sehinggalah malam
yang menggelap.Nikmat ALLAH yang amat-amat luar biasa.Bagaikan alam memeluk dan
berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan kasih sayangNYA. ALLAH.. sungguh
hebat,Mungkin kerana doa dan solat dhuhaMU. Alhamdulillah, urusan pada hari ini
juga berjalan dengan lancar, selancar air terjun yang tiada halangannya.
 Bermula pada tarikh ini, sem yang ke7, semua berseri-seri
wajahnya, datang ke kampus dengan semangat baru, nak dapatkan ilmu baru, dan
segalanya lah. Alhamdulillah, si admin juga punya niat yang baru, "BELAJAR
KERANA ALLAH!!". insyaALLAH, Semoga niat ini berterusan dan kekal, tak ada
ketirisan di jalan perjuangan sepanjang sem7 ni. Berharap juga, selama tempoh
yang ada ni, nak kutip sebanyak mungkin ilmu untuk akhirat, ye la kan, sem2 yang
lepas kurang sangat join kuliah2 keagamaan. Mana taknye,  kaki bak kena
paku je,MALAS sangat. InsyaALLAH, sambung balik amanah agama, mengajak
adik-adik baru mencintai AL-Quran dan cinta kepada pencipta.

No comments:
Post a Comment