Wednesday, September 26, 2012

Dalam Puji ku berserah diri


Bismillahirrahmanirrahim



Segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha mengasihani. Segala apa yang ada di langit mahupun di lautan,mahupun di daratan adalah menurut segala kehendak dan perintahMU. Segalanya patuh  dan tunduk dengan arahanMU. Sungguh ENGKAU lah yang maha kuasa atas segala kejadianMU. Begitu jugalah dengan diri ini. Kena patuh sepenuhnya dengan segala suruhan dan laranganMU.Ampuni segala dosa kami. Selagi diri tak dikebumi, selagi itulah musuhMU akan tetap mengawasi kami dan cuba untuk menjahanamkan kami sehingga mereka berjaya menakluk dan menjunamkan kami ke dalam api yang sangat panas membahang iaitu nerakaMU.ENGKAU lah yang berkuasa dan kami memohon perlindungan daripadaMU dari segala dukacita dan lindungi lah kami agar kami tetap di jalanMU. Maha Agung wahai Tuhan yang maha Pengampun. Ampuni dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami yang menggunung tinggi.

No comments:

Post a Comment