Bismillahirrahmanirrahim
Tatkala kalam-kalam indah datang menerpa, hari-hari menjadi indah, senyum meleret melakar di wajah. Muka yang berkerut bertukar menjadi tegang.
"Wah..wah..wah..Kenapa tiba-tiba wajah berseri-seri bak puteri ni? Tanya zulaikha kepada insyirah yang sedang bermain-main dengan anak rambutnya. Seperti sedang bahagia..
"Takde apa-apa la kak, ala, kan muka saya selalu berseri-seri je,a kak tak perasan ye?" Tanya insyirah sambil mengenyitkan mata. Sebuah senyuman manja yang selalu menceriakan keluarga nya itu terlihat sebentar di wajahnya.
"Emmm,ye ke tak ada apa-apa ni, tentu adik sedang menyembunyikan sesuatu ni..Cuba bagitahu akak, akak pun nak berkongsi juga apa yang adik rasa, kan dulu, masa akak sedih, adik selalu cakap, sharing is caring, and caring is loving, kalau tak share our problem, nampaknye adik dah tak sayang akak la." zulaikha memalingkan badannya seolah-olah merajuk.
Ala.ala.ala...dah mencecah 23 tahun pun masih nak merajuk, Ok, Jum kak kita duduk dulu..penat dah adik berdiri. Pujuk insyirah sambil tangannya memegang bahu zulaikha.
Di sudut kanan rumah ada bangsal yang dibuat oleh ayahanda mereka. Angin pada waktu itu sepoi-sepoi bahasa, tenang dan indah dengan perhiasan pokok-pokok bunga yang ditanam dan dijaga oleh ibunda mereka. Pelbagai jenis bunga seperti mawar merah,kemboja putih,bunga kekwa berwarna kuning tumbuh mekar dan harum semuanya. Bunga orkid yang menjadi kesukaan zulaikha pun ditanam. Berjuntai di satu sudut. Cantik seperti cantiknya bidadari yang mendiami di istana yang sederhana. Insyirah duduk sambil malu-malu, zulaikha pula semakin berkeinginan untuk mengetahui rahsia yang dirahsiakan oleh adiknya itu.
"Aii, semakin parah dah akak tengok ni, Risau dengan adik ni.." Risau zulaikha sehingga dahinya berkerut.
"Hehehe,akak ni, Biasa je la.Tak de apa-apa pun,Akak pernah tak jatuh cinta??"Tanya insyirah sambil menundukkan pandangannya.
"Hah,jatuh cinta??Adik sedang angau ke ni?Adik jatuh hati kat siapa? Orang tu akak kenal ker? Lelaki tu dari kampung kita ke dik?Berurai air mata zulaikha bila dia membayangkan yang ada seorang jejaka telah mencuri hati adiknya tu.
"Isshh akak ni, ke situ pulak. Mana ada, kan adik masih kecil lagi, baru umur 20 tahun. Tak main la cinta sebelum nikah ni. Kan ayah dah penah pesan dan akak pun dah berkali-kali ingatkan adik agar tidak mencintai lelaki yang belum sah menjadi milik kita kan..Adik tak lupa la kata-kata akak tu. Issshh akak ni." jelas insyirah kat zulaikha sambil mencubit kedua pipi kakaknya yang comel tu..
"aaoouuuh!sakit la dik, tengok dah merah dah pipi akak ni.risau akak bila adik tanya macam tu, mana la tahu kot-kot adik minat kat orang dari bangladesh ke, somalia ker..takke pengsan ayah ngan mak nanti."bagitau zulaikha sambil melepaskan kerisauan yang besar,air yang berkocak tenang kembali.
"Hahaha, ada pulak kakakku yang comel ni, akak belum menjawab soalan adik ni.Akak pernah jatuh cinta?
Jatuh cinta??emmmh, zulaikha tersenyum."Pernah, dan sekarang pun masih merasainya. Cinta tu wujud setelah kita mengenalinya.Terasa indah akan kehadirannya.Cinta itu hanya dirasa oleh orang-orang yang tertentu sahaja.Jika cinta itu hilang,rugi la kita."
"Akak...."
"Ishh, jangan fikir bukan-bukan, Cinta ALLAH,cinta kepada rasulullah, cinta pada ibu ayah, cinta kepada saudara akan membuatkan kita tenang selama-lamanya.Tahu tak dik, bila kita kenal sesuatu tu,kita akan mencintainya, Lebih-lebih lagi bila sesuatu tu sayang kat kita lebih dari kedua ibu bapa kita. DIA ada di mana-mana, tak kira masa kita susah, tak kira masa kita senang. Masa kita susah, DIA memberi pahala, Masa kita senang, diujinya kita agar kita tak melupakan DIA. Sweet kan ALLAH.
"Ye kak..".senyuman terlakar entah kali ke berapa..
Melihat insyirah semakin berminat untuk mendengar bicara hati hatinya, dia meneruskan kata-kata....
"Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah telah berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-ku terhadapKU, Aku bersamanya ketika dia mengingatiKU. Apabila dia mengingatiKU dalam dirinya, nescaya AKU juga akan mengingatinya dalam diriKU. Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku juga akan mengingatinya didalam satu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKU dalam jarak sejengkal, nescaya AKU akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKU sehasta, nescaya AKU akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKU dalam keadaan berjalan, nescaya AKU akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari.
"Allah itu maha Pengasih kak,mengasihi hamba-hambaNYA, dari semiskin hamba hinggalah yang punya harta berjuta-juta. Kasih sayang buat hambaNYA adalah sama. DIA juga Maha Adil kan kak.. Jiaka manusia,mencintai kerana harta, paras rupa dan lain-lainnya.Jika tak berpuas hati dengan kekasihnya, maka kekasihnya tu akan ditinggalkan.Sebab tu ramai yang putus cinta..tapi ALLAH tak begitu kan kak, walaupun hamba-hambaNYA melupakan DIA ,tetap juga DIA memberi nikmat kesihatan,rezeki yang limpah ruah, nikmat ketenangan,kebahagiaan.Manusia mencintai manusia kerana satu keperluan sedangkan ALLAH mencintai hambaNYA kerana manusia itu hambaNYA..Nampak gayakan cinta yang akak rasa tu,sama apa yang adik rasa. Bahagia kak..!"Lancar bicaranya.
"Alhamdulillah,moga cinta yang kita rasa ni tak berpenghujung ye dik.Selalulah berbicara denganNYA di dalam hati, agar kita tak lupakan DIA dan DIA selalu ada di hati kita..Jom masuk dalam, dah nak pukul 7 dah ni..Anak dara tak elok dok luar rumah senja-senja macam ni..nanti diusik makhluk ALLAH yang lainnya pula.heeeee.."Ajak Zulaikha.
Insyirah bangun dan menggeliat."Jom kak, nak mandi nak solat maghrib ngan ayah plak ni..". Alhamdulillah, Segala nikmat datang daripadaNYA juga. "Insyirah sempat membetulkan kedudukan baju kurungnya sambil membututi langkah zulaikha.
"CINTA ITU SATU FITRAH,CINTAILAH ALLAH,PENCIPTAMU,RASULULLAH,TELADANMU IBU BAPA, PENDIDIK DAN PENGASUHMU DAN SAUDARA-SAUDARAMU...