Ya ALLAH, aku pohon daripada-MU Kasih-MU,dan kasih mereka yang kasihkan-MU,dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikan aku kepada kasih-MU. Ya ALLAH, Jadikan kasih-MU lebih aku cintai daripada diriku, daripada keluargaku dan dari air yang dingin. Ya Allah, Kurniakan kepadaku kasih-MU dan kasih sayang yang berguna kepadaku, kasihnya di sisi-MU. Ya ALLAH , apa sahaja rezeki idamanku yang telah Engkau kurniakan kepadaku maka jadikannya tenaga kekuatan bagiku untuk melaksanakan amalan-amalan yang engkau sukai. Ya ALLAH, apa sahaja rezeki idamanku yang Engkau jauhkan dariku maka jadikanlah kekosongan itu untuk aku melaksanalan amalan yang Engkau sukai.Ameeen..

Tuesday, November 27, 2012
Monday, November 19, 2012
Hatiku...
Bismillahirrahmanirrahim


Lemah,sakit hati,Rasa menyampah?Amboi,amboi...Macammana nak buat??
Mintalah bantuan dari Allah yang punya kekuasaan. Siapa la kita ni kan. Tak punya kuasa pun, Power rangers, keluang Man, Usop santoria, Spiderman, doraemon dan lain2 pun takkan dapat membantu kita. Memanglah dengan mereka kita akan hilang stress,tapi hilangnya stress tu hanya sementara je,Gelak-gelak,pahtu sedih balik..Nak minta bantuan sahabat2? Yes..Tak dinafikan ada sahabat yang boleh tolong dan ingat ye..tak semua perkara mereka dapat tolong..ce bagi contoh sat.....
::::::::::"Emmm,Ko boleh tolong aku tak?
>>>"Tolong ape weh?"
::::::::::"Tolong kemas bilik aku nanti.."
>>>"Banyak cantik muka ko..ye la,ye la..sat lagi ye,tahu rumet ni aku sibuk.."
Dalam satu hal pula......
Yasin:Spiderman,aku ada masalah..........
Spiderman:Apa masalah hang?Kalau chek dapat tolong,chek tolong....
Yasin: Aku......aku ada penyakit kanser,Boleh tak kau panjangkan umur aku lagi.....
Spiderman:Astaqfirullah!!hang dah kena histeria ka? Chek ni buatan manusia,hang pula hamba...Tak baik eh lagu tu,..Mintalah kat penciptamu..mintalah dengan DIA..DIA yang datangkan penyakit, DIA jugalah yang bisa menyembuhkan penyakit...
Seperti yang da tertulis di atas tu la geng...ada setence2 perkara tu,kita boleh minta bantuan dari manusia,dan kita kena juga sandarkan harapan dan pertolongan kepada ALLAH.
Hati ni juga punya masalah,sebab tu try pujuk dia dengan menaip kata2 ni.Bior bagi semangat sikit. Minta pertolongan dengan ALLAH,insyaALLAH..kalau bersungguh-sungguh,u can get what u want..
Emm..sebenaqnya..sebenaqnye kan.....
nak cakap sikit kat hati ni.
"Wahai hati...Setiap yang menimpa ke atasmu,terimalah apa adanya.Sekiranya ALLAH menguji,terima sahaja ujian itu...kerana bila hati diuji,dan kamu dapat menangani,Hati mu itu akan kuat melawan ujian yang mungkin datang lagi..Wahai hati, usah mengharap pada manusia kerana apabila manusia memutuskan harapanmu, kamu akan terluka dan merana....Wahai hati,Jangan dicari kesempurnaan pada diri manusia yang kamu cintai dan sayangi,kerana dia juga punya kekurangan di sebalik kesempurnaan,ini kerana apabila mengharap kesempurnaan,kamu akan terluka kerana satu kekurangan...."
Nobody was perfect.... Patah hati, kenalah bangkit sendiri. Diri ini juga punya kelemahan....Ku doakan kalian bahagia sentiasa...
Thursday, November 15, 2012
Hujan itu......
................................................................................................................................
ALLAH,give me a strong heart.........
ALLAH,give me a strong heart.........
Tuesday, October 16, 2012
Ikwanku
Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah yang telah mentakdirkan sesuatu buat hambaNYA. Syukurlah kerana dengan nikmatnya kita masih mampu untuk mengecapi cita-cita dan seterusnya tersenyum bahagia,dan kadangkala dengan nikmatnya yang datang dalam bentuk ujian. Beruntung sekali kita..Hiduplah dengan sebaiknya kerana DIA telah bekalkan kita dua benda yang utama..Alquran dan Assunnah. hiduplah dengannya.
Untuk para pemuda dan para pemudi..Alhamdulillah,Allah telah hadirkan Rasulullah di dunia,meskipun amat jauh sekali jarak kekasihnya dengan kita, Moga-moga kekasihnya itu sentiasa meniti di bibir dan jiwa.
Siapakah yang paling ajaib imannya,Rasulullah telah bersabda:
InsyaALLAH , Semoga kita antara insan yang dirindui Rasulullah. Selamat berjuang teman. Berjemaah demi ummah!...
Maha suci Allah yang telah mentakdirkan sesuatu buat hambaNYA. Syukurlah kerana dengan nikmatnya kita masih mampu untuk mengecapi cita-cita dan seterusnya tersenyum bahagia,dan kadangkala dengan nikmatnya yang datang dalam bentuk ujian. Beruntung sekali kita..Hiduplah dengan sebaiknya kerana DIA telah bekalkan kita dua benda yang utama..Alquran dan Assunnah. hiduplah dengannya.
Untuk para pemuda dan para pemudi..Alhamdulillah,Allah telah hadirkan Rasulullah di dunia,meskipun amat jauh sekali jarak kekasihnya dengan kita, Moga-moga kekasihnya itu sentiasa meniti di bibir dan jiwa.
Siapakah yang paling ajaib imannya,Rasulullah telah bersabda:
Sebuah thoifah akhir zaman, datang sesudah kewafatanku,tak pernah bertemu denganku, tapi sangat mencintai diriku, melebihi rindu pada anak & ibu bapa mereka rindu oh rindunya aku pada mereka, ya rindunya aku pada mereka,
"wahai abu bakar,tidakkah kamu juga merindukan mereka sedangkan mereka sangat merindukan diri kamu,kerana kamu sahabatku..mereka adalah ikhwanku,saudara-saudaraku, sedangkan kamu sahabat-sahabatku.Berbahagialah orang yang bertemu denganku,dan beriman denganku,berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku tapi beriman denganku.."
Ikhwanku orang ganjil di kalangan ummul mukminin, kerana mengikut cara hidup para siddiqin, berakhlak dengan akhlak nabi-nabi, berjuang bak tentera badar di kebangkitan kedua..Al-Mahdi dan Fata tamimi bersama jemaahnya,mereka adalah para ikhwan di akhir zaman, Di tangan inilah ALLAH-kan Islamkan dunia. Jika kamu telah mendengar tentang mereka, berbaiahlah sekalipun kamu terpaksa merangkak di atas salji,sekalipun kamu terpaksa merangkak di bara api.
InsyaALLAH , Semoga kita antara insan yang dirindui Rasulullah. Selamat berjuang teman. Berjemaah demi ummah!...
Wednesday, September 26, 2012
Dalam Puji ku berserah diri
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH yang maha
pengasih lagi maha mengasihani. Segala apa yang ada di langit mahupun di lautan,mahupun
di daratan adalah menurut segala kehendak dan perintahMU. Segalanya patuh dan tunduk dengan arahanMU. Sungguh ENGKAU lah
yang maha kuasa atas segala kejadianMU. Begitu jugalah dengan diri ini. Kena
patuh sepenuhnya dengan segala suruhan dan laranganMU.Ampuni segala dosa kami. Selagi
diri tak dikebumi, selagi itulah musuhMU akan tetap mengawasi kami dan cuba
untuk menjahanamkan kami sehingga mereka berjaya menakluk dan menjunamkan kami
ke dalam api yang sangat panas membahang iaitu nerakaMU.ENGKAU lah yang
berkuasa dan kami memohon perlindungan daripadaMU dari segala dukacita dan
lindungi lah kami agar kami tetap di jalanMU. Maha Agung wahai Tuhan yang maha
Pengampun. Ampuni dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami yang menggunung tinggi.
Sunday, September 9, 2012
Semangat yang datang
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini merupakan hari yang paling indah sekali yang saya
rasa,persis hari-hari yang telah berlalu, tapi hari ini begitu aneh, sukar
untuk digambarkan perasaan ini. Bermula pagi yang bercahaya, sehinggalah malam
yang menggelap.Nikmat ALLAH yang amat-amat luar biasa.Bagaikan alam memeluk dan
berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan kasih sayangNYA. ALLAH.. sungguh
hebat,Mungkin kerana doa dan solat dhuhaMU. Alhamdulillah, urusan pada hari ini
juga berjalan dengan lancar, selancar air terjun yang tiada halangannya.
Bermula pada tarikh ini, sem yang ke7, semua berseri-seri
wajahnya, datang ke kampus dengan semangat baru, nak dapatkan ilmu baru, dan
segalanya lah. Alhamdulillah, si admin juga punya niat yang baru, "BELAJAR
KERANA ALLAH!!". insyaALLAH, Semoga niat ini berterusan dan kekal, tak ada
ketirisan di jalan perjuangan sepanjang sem7 ni. Berharap juga, selama tempoh
yang ada ni, nak kutip sebanyak mungkin ilmu untuk akhirat, ye la kan, sem2 yang
lepas kurang sangat join kuliah2 keagamaan. Mana taknye, kaki bak kena
paku je,MALAS sangat. InsyaALLAH, sambung balik amanah agama, mengajak
adik-adik baru mencintai AL-Quran dan cinta kepada pencipta.
Tuesday, September 4, 2012
Sahabat Seperjuanganku
Sekejap je masa berlalu,tip top tip top, ooppss, dah nak ke penghujung pertemuan dah..
Allahurabbi ,kasih sayang yang telah Engkau limpahkan kepada kami mendekatkan kami kepadaMU.. Ada dah yang sambung master di UKM, sedang praktikal, kerja di pejabat dan aku masih lagi di sini,menghabiskan sisa perjuangan di UUM ni dalam Degree. Allah bersamaku dan bersama kalian. Semoga kalian di lindungi ALLAH selalu..
Subscribe to:
Posts (Atom)