Wednesday, September 26, 2012

Dalam Puji ku berserah diri


Bismillahirrahmanirrahim



Segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha mengasihani. Segala apa yang ada di langit mahupun di lautan,mahupun di daratan adalah menurut segala kehendak dan perintahMU. Segalanya patuh  dan tunduk dengan arahanMU. Sungguh ENGKAU lah yang maha kuasa atas segala kejadianMU. Begitu jugalah dengan diri ini. Kena patuh sepenuhnya dengan segala suruhan dan laranganMU.Ampuni segala dosa kami. Selagi diri tak dikebumi, selagi itulah musuhMU akan tetap mengawasi kami dan cuba untuk menjahanamkan kami sehingga mereka berjaya menakluk dan menjunamkan kami ke dalam api yang sangat panas membahang iaitu nerakaMU.ENGKAU lah yang berkuasa dan kami memohon perlindungan daripadaMU dari segala dukacita dan lindungi lah kami agar kami tetap di jalanMU. Maha Agung wahai Tuhan yang maha Pengampun. Ampuni dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami yang menggunung tinggi.

Sunday, September 9, 2012

Semangat yang datang


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini merupakan hari yang paling indah sekali yang saya rasa,persis hari-hari yang telah berlalu, tapi hari ini begitu aneh, sukar untuk digambarkan perasaan ini. Bermula pagi yang bercahaya, sehinggalah malam yang menggelap.Nikmat ALLAH yang amat-amat luar biasa.Bagaikan alam memeluk dan berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan kasih sayangNYA. ALLAH.. sungguh hebat,Mungkin kerana doa dan solat dhuhaMU. Alhamdulillah, urusan pada hari ini juga berjalan dengan lancar, selancar air terjun yang tiada halangannya.

 Bermula pada tarikh ini, sem yang ke7, semua berseri-seri wajahnya, datang ke kampus dengan semangat baru, nak dapatkan ilmu baru, dan segalanya lah. Alhamdulillah, si admin juga punya niat yang baru, "BELAJAR KERANA ALLAH!!". insyaALLAH, Semoga niat ini berterusan dan kekal, tak ada ketirisan di jalan perjuangan sepanjang sem7 ni. Berharap juga, selama tempoh yang ada ni, nak kutip sebanyak mungkin ilmu untuk akhirat, ye la kan, sem2 yang lepas kurang sangat join kuliah2 keagamaan. Mana taknye,  kaki bak kena paku je,MALAS sangat. InsyaALLAH, sambung balik amanah agama, mengajak adik-adik baru mencintai AL-Quran dan cinta kepada pencipta.

Tuesday, September 4, 2012

Sahabat Seperjuanganku


Sekejap je masa berlalu,tip top tip top, ooppss, dah nak ke penghujung pertemuan dah..
Allahurabbi ,kasih sayang yang telah Engkau limpahkan kepada kami mendekatkan kami kepadaMU.. Ada dah yang sambung master di UKM, sedang praktikal, kerja di pejabat dan aku masih lagi di sini,menghabiskan sisa perjuangan di UUM ni dalam Degree. Allah bersamaku dan bersama kalian. Semoga kalian di lindungi ALLAH selalu..


Saturday, June 16, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Ikatan Suci

Mereka datang ke bilikku, bersimpuh di atas tikar,lantas bertanya kepadaku tentang Islam yang sebenar-benarnya, Ada seorang sahabat membantu, Apa yang aku tahu,aku menjawabnya,apa yang tidak aku ketahui aku diam. Akhir persoalan, Ada seorang adik menanyakanku tentang jemaah islamiyyah.Ku dongakkan wajah ke arah mereka,Melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengetahui jawapannya lalu ku tersenyum dan menerangkannya.Mereka itu adalah orang-orang yang menegakkan islam,menegakkan Kalimah yang Agung iaitu Lailahaillallah,muhammadurrasulullah, Tiada tuhan melainkan Allah,Dan muhammad itu pesuruh Allah di atas satu ikatan. Ada Riak gembira di wajah mereka,lalu ku tanyakan kepada mereka..Kenapa tanya seperti itu..seorang daripada mereka menjawab."Kami ingin menyertainya,Bantu kami kak!".Sebelum sempat untuk aku mengiakannya, Azan subuh berkumandang tenang."Kita solat dulu ye??Jom Ambil wudu'..............".Aku bangun dan membuka mata.Hairan,Bilik gelap,mereka tiada di hadapan.Bisik hati,Aku bermimpi rupanya...Pembukaan subuh diakhiri dengan sebuah mimpi indah.memulas tombol pintu bilik,Azan dari masjid sayup-sayup kedengaran.Hujan rahmat!!!


Malam Sebelum itu
:::::::::::::~~~~~:::::::::::::


Assalamualaikum...
Malam ini akan diadakan jamuan untuk geng2 usrah..
Kami dengan berbesar hati menjemput kak fatihah
dan kak ema sebagai VVIP dan pembaca doa.
hehe..bertempat di surau blok c lpas maghrib.
Law boleh nak solat isyak jemaah sekali.
Teringin nak jd makmum kak~Baiti~

Mesej yang diterima di tatap sayu, Selama buat usrah dengan mereka tak pernah sekalipun solat berjemaah bersama-sama. Mana taknya, Selalu buat pagi, selepas asar, dan selepas isyak. Allahurabbi. Adik-adikku ni. Selepas beberapa ketika, mata terpaku kepada sebuah modul usrah. Tajuk apa yang hendak aku bentangkan dan bincangkan bersama dengan mereka pada malam nanti?? Persoalan macammana dan bagaimana nak bentangkan itu acap kali datang apabila setiap kali nak buat usrah. Bukan apa, Untuk menarik perhatian dan minat mereka dengan lebih mendalam. Ooo.. Bab tarbiah belum dibentangkan lagi..Lantas membaca isi yang terdapat di dalamnya. Allah, Permudahkan urusanku,  lancarkan percakapanku, dan tusuklah perkataanku sehingga berkesan di hati mereka. Ikhlaskan niatku!! Harapku seusai menelaah helaian kertas yang berwarna putih suci itu.

Setelah selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba, aku bersiap-siap untuk ke sana. Apa yang diorang buat? Dah selesaikah urusan mereka? Telekung untuk solat diletakkan di atas katil dan dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam beg biru yang dah lusuh. Walaupun dah pudar warnanya, beg inilah yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.Setia...(^_^)

###################################################################


"Ässalamualaikum", Sapaku kepada penghuni surau blok c sambil bibir tersenyum kepadanya.Dia yang sedang menyapu  debu-debu membalas salamku. Namanya bazilah, berasal dari melaka.. "Waalaikumussalam kak, Lama tak jumpa kak, saya nak habiskan kerja saya ni dulu, nanti kita salam ye".Pintanya.

"Ok.......,eh-eh, Comelnya anak-anak kucing ni, Kucing blok ni ye? Geramnya kak! Nak kacau mereka...". Beg yang tersandang di bahu, ku letakkan di tepi dinding dan kembali menghampiri "mereka" yang comel tu.Menjentik hidung si ibu, si anak pula yang buat muka..Haha,Tergelak seorang diri..



Melihat adik-adik usrah menghampiri, kami bersalam dan berpeluk semut sesama kami. Seorang daripada mereka menanyakan tentang kak ema, Kesiannya, kak ema tak dapat datang sebab dia ada hal lain. "Takpe, malam ni ada makan-makan kan?? biar akak yang tolong makankan, nanti kita ambil dan tagkan gambar makanan kat dia dalam fb dia....Hihihihi..". Mereka ketawa dengan omolanku. Biarlah asalkan mereka tidak terasa. Jom kita ke tengah sikit, Pintaku. Kita buat sedikit usrah dulu ya sebelum kita solat jemaah dan makan. Senyumku sambil melihat wajah-wajah mereka yang rindukan suasana usrah.Alhamdulillah......

"OK, malam ni sapa yang nak jadi pengerusi?" Melihat mereka menundukkan kepala, tersenyum malu, ada yang pucat mukanya, yang bermain hujung tudung dengan jarinya, ada yang asyik memandangku,  dan ada yang memandang siling sambil memuncungkan mulutnya. Hahahaha.."macam-macam adik-adikku ni"..tercetus di dalam hati. Saling suruh menyuruh antara satu sama lain." Satu saat nanti, akak akan pergi, jadi adik-adik semua kena bersiap sedia, sebab nanti adik-adik akan jadi seperti akak nanti, jadi mak usrah!"..Ku buat muka merajuk..

Nini mengangkat tangan untuk menjadi wakil sahabat-sahabatnya...."Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, sebelum kita mulakan majlis kita, kita bukakannya dengan Al-fatihah.............

Terima kasih kepada kak fatehah dan teman-teman kerana sudi hadir ke majlis ni, Majlis makan-makan ni di adakan sempena nak makan-makan la...hee,....Majlis ni diadakan untuk meraikan kak dan kak ema sebagai pengusrah kepada kami,Terima kasih sebab ajar kami apa yang kami tak tahu.....Sebelum kak mulakan usrah nati,saya nak tahulah sedikit sebanyak tentang usrah dari teman-teman pasal usrah yang  telah kak buat...sebab saya masuk ke dalam geng usrah ni pun dah agak lewat sikit berbanding teman-teman yang lain. ".. 

Pembukaan majlis yang mengombakkan jiwa. Tenangkan hati seketika..

Ku pandang wajah Bazilah, lantas dia menerangkan kepada teman-temannya tentang aktiviti yang telah dijalankan  dan tajuk-tajuk sepanjang usrah. Ada tentang akhlak seorang muslim, Uda dan dara, Perihal tentang rasulullah, Pemantapan aqidah, Ibadah dan banyak lagi. Aktiviti pula, Melukis, Berbuka puasa sekali,rehlah di tasik, Pertandingan bertentang mata dengan tentera monyet...hihihi dan banyak lagi la.

Kebanyakan daripada adik-adik adalah mereka yang tiada mengenali apa itu usrah, Mereka ingat,usrah ni macam mendengar ceramah,taklimat dan sebagainya sedangkan usrah itu boleh direalisasikan dengan rehlah, makan-makan, bermain sukan, shopping, melawat satu-satu tempat dan selainnya secara berjemaah..

Selepas penerangan oleh adikku bazilah selaku senior  kepada teman-temannya di dalam usrah tu, aku meneruskan niatku dengan memberi sedikit pencerahan kepada mereka walaupun aku gelap orangnya....
Setengah jam berlalu dan azan isyak berkumandang damai. Majlis ditutup dan masing-masing mengambil wudu'....

Menjadi imamah kepada mereka..(^^,). Selesai berdoa dan berpeluk mesra, masing-masing melipat sejadah..Bazilah dan atirah ke belakang sedikit, ku lihat mata mereka digenangi air..(=.=)

"Masak kat mana mihun dan semua ni?"..Tanya ku sambil mengambil pinggan plastik untuk dihidangkan kepada semua...

"Kami masak kat cangloon kak, rumah kakak atieka." Balas Bazilah.

"Hah?? Pergi dengan apa?? Susah-susah je semua ni." Sayu.....(=.=)

"Kami pergi dengan bus kak, balik dengan kereta sewa. Balas atieka pula."

"Ya Allah, dengan bawa makanan ni??"....Bertambah sayu!!(=.=)

"Aha kak,takpe la kak, kak, nanti kak potong kek tau,kita ambik gambar..Terima kasih kerana mengajar kami Al-quran dan menasihati kami tanpa mengenakan sebarang bayaran.." Pujuk Fatmah yang sama negeri denganku dan aku, hanya mampu menahan perasaan agar deraian air mata tidak dilihat mereka.



Sedap mihun yang korang masak ni. Terima kasih atas hadiah dan makanan yang korang sediakan ni. Allah dah membalasnya dengan ketenangan yang ada.

Hebatnya pertemuanMU ini ya ALLAH, Bukakanlah jalan kepada mereka dan kepadaku untuk memasuki syurgaMU..Makbulkanlah doa kami dan jadikanlah kami hambaMU yang solehah dan hambaMU yang mukminah.

~~Allah,Grace of love.....~~

Sunday, June 3, 2012

amazing..wauuuw



Cantik kek ni..dah la warne pink.He..tersangat-sangat suka.Bila nak dapat kek ni?Alamat tak makan la benda ni. Sayang nak makan, Buat Hiasan..(^_______^)..Sapa la yang kreatif sangat eh.Tentu orangnya jenis yang penyabar..(0_o)..Sekarang tengah belajar buat kek yang biasa-biase je dulu..kang nanti pro la.hihihi...PRO???insyaALLAH..Nak jadi surirumah, kenalah pandai memasak. JENG..JENG..JENG....

Saturday, June 2, 2012

Ya Ainun

     Sepasang mata ni masih belum mahu tutup lagi..Ya Allah kenapalah susah sangat nak pejam malam ni.Adakah effect dari mandi sebentar tadi ataupun kerana rumet tak balik lagi..Aii,selalunya boleh je tidor..emmmmm..Sepanjang perjalanan dari kampung tadi pun,tak dapat tidur gak..Nasib la badan.Sekarang pukul 2.03 pagi..eeeee..sabar yop!!!Bukak Fb, boring..asyik tengok status orang jer,baring ke kanan tak kena,baring ke kiri tak lena..duduk bersila terus..kalau tertido..tertido dalam keadaan bersila kot..huhuhu...sekejap buka buku,sekejap melukis..aiiiiiiii...semua lampu terpasang,buka nasyid,peneman di kala kesepian..mmmmm..Allah Tuhanku...Jadi aku patut takut pada Allah,bukan makhluk lain-nya.Haaaaiiissssshhh...