Monday, December 31, 2012

Uhibbukum aidhon..


Terkadang terdetik juga di hati,termuncul juga di dalam jiwa tentang sebuah perasaan yang sukar di ungkapkan. Saya memang sukar untuk memahami perasaan orang,mana tak nya,mereka bersedih,saya pula ketawa,mereka berlari,saya hanya diam menyepi.Emm,memang sukar untuk mentafsirkan apa perasaan ini.Ya, mereka sedih,namun saya is not a women yang pandai meluahkan perasaan,so,saya ketawa jer. Dulu,bila sahabat di Maahad menangis kerana sahabatnya cemburu kepadanya,saya pergi mendekat dengannya.Memegang bahu dan tersenyum kepadanya,Kadang2 buat lawak agar dia senyum kembali.Namun apa yang saya dapat,  saya dimarahinya pula.,bila dia meletakkan kepalanya di meja,saya turut melakukannya.hihi..ajak dia pergi makan dan berbual2..namun..hampa..emmm,perempuan merajuk,,,saja nak suruh di pujuk..tapi bila saya memujuk membuatkan dia terus merajuk..ish2..kenangan2..



  But..but..sekarang dah lain sikit dah..saya pula yang banyak terasa..nah,ambik kau..tentu dah paham perasaan orang kan..mmmm..pada hari-hari terakhir,sahabat cendol sering mengingatkan saya tentang sebuah kenangan. Kenangan itu sentiasa ligat berputar di minda.Terbayang-bayang di mata.Bermula pada titik pertama pertemuan kami sehinggalah ke hari ini…Rasa sedih menyapa diri,namun masih mampu untuk menyembunyikan dari pandangan sahabat-sahabat semua.Suzana,sahabat saya,sentiasa mengeluh dan bersedih,lalu dieditnya gambar2 ketika kami bersama,dibeleknya dari satu gambar kepada gambar yang lain..mmmmmm,Sedih namun apakan daya,kita akan tetap menghadapinya…Teringat ketika di tasik,minum dan makan bersama ketika menunggu farah,berebut ni kami..juga di masjid,berbagi kepingan roti untuk bersarapan mengisi ruangan perut yang nakal berbunyi…


Dah bertahun2 masa berlalu, tahun 2012 akan tinggal beberapa jam lagi sebelum menerima kedatangan tahun baru 2013. Allah,banyak perkara yang terjadi dalam tahun ni. Bermula bulan JanuarI sampailah penghujung bulan disember ni.Pahit,manis,masam ,masin,payau semuanya ada.Dan semestinya apa yang telah terjadi dan yang akan terjadi sudah ditetapkan oleh rabbul izzati. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap orang akan pulang ke tempat asalnya,sama ada jauh,dekat, di sisi ataupun di hati.....

Di penghujung tulisan ini pada tahun ini ,saya nak luahkan sesuatu..saya sayang sahabat saya..sayang sangat2. Tahun terakhir saya bersama sahabat seperjuangan saya. Allah, saya sungguh mencintai mereka.Merekalah yang ada saat diri ini lemah,merekalah yang membantu saat diri buntu,merekalah tempat untuk bersandar saat hati ingin rebah jatuh ke tanah..

Berikanlah sahabatku ketenangan,dan jadikanlah mereka sebagai kekasihMU,Kuatkan hati mereka saat mereka kecewa,bantu mereka saat mereka hilang arah.

Thursday, December 27, 2012

Ukhwah till Jannah



Sungguh kita baru di muara,Belum pernah mencecah medan....Engkau menghitung hari,aku mencantum kenangan.Bila saat pemergianmu sampai, kebimbanganku mulai datang,Bila sedihmu hadir,dukaku makin hampir.bergelingan air jernih di kelopak matamu,mengalir lirih di dalam jiwaku..Hebat ukhwah kerana Sebuah dakwah..bertemu tidak jemu,berpisah tetap gelisah.Ku taut hatimu kalam Rabitah!



Tuesday, November 27, 2012

Doa Cinta Sejati

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya ALLAH, aku pohon daripada-MU Kasih-MU,dan kasih mereka yang kasihkan-MU,dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikan aku kepada kasih-MU. Ya ALLAH, Jadikan kasih-MU lebih aku cintai daripada diriku, daripada keluargaku dan dari air yang dingin. Ya Allah, Kurniakan kepadaku kasih-MU dan kasih sayang yang berguna kepadaku, kasihnya di sisi-MU. Ya ALLAH , apa sahaja rezeki idamanku yang telah Engkau kurniakan kepadaku maka jadikannya tenaga kekuatan bagiku untuk melaksanakan amalan-amalan yang engkau sukai. Ya ALLAH, apa sahaja rezeki idamanku yang Engkau jauhkan dariku maka jadikanlah kekosongan itu untuk aku melaksanalan amalan yang Engkau sukai.Ameeen..



Monday, November 19, 2012

Hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim

Lemah,sakit hati,Rasa menyampah?Amboi,amboi...Macammana nak buat??

Mintalah bantuan dari Allah yang punya kekuasaan. Siapa la kita ni kan. Tak punya kuasa pun, Power rangers, keluang Man, Usop santoria, Spiderman, doraemon dan lain2 pun takkan dapat membantu kita. Memanglah dengan mereka kita akan hilang stress,tapi hilangnya stress tu hanya sementara je,Gelak-gelak,pahtu sedih balik..Nak minta bantuan sahabat2? Yes..Tak dinafikan ada sahabat yang boleh tolong dan ingat ye..tak semua perkara mereka dapat tolong..ce bagi contoh sat.....

::::::::::"Emmm,Ko boleh tolong aku tak?
>>>"Tolong ape weh?"
::::::::::"Tolong kemas bilik aku nanti.."
>>>"Banyak cantik muka ko..ye la,ye la..sat lagi ye,tahu rumet ni aku sibuk.."

Dalam satu hal pula......

Yasin:Spiderman,aku ada masalah..........
Spiderman:Apa masalah hang?Kalau chek dapat tolong,chek tolong....
Yasin: Aku......aku ada penyakit kanser,Boleh tak kau panjangkan umur aku lagi.....
Spiderman:Astaqfirullah!!hang dah kena histeria ka? Chek ni buatan manusia,hang pula hamba...Tak baik eh lagu tu,..Mintalah kat penciptamu..mintalah dengan DIA..DIA yang datangkan penyakit, DIA jugalah yang bisa menyembuhkan penyakit...

Seperti yang da tertulis di atas tu la geng...ada setence2 perkara tu,kita boleh minta bantuan dari manusia,dan kita kena juga sandarkan harapan dan pertolongan kepada ALLAH.

Hati ni juga punya masalah,sebab tu try pujuk dia dengan menaip kata2 ni.Bior bagi semangat sikit. Minta pertolongan dengan ALLAH,insyaALLAH..kalau bersungguh-sungguh,u can get what u want..

Emm..sebenaqnya..sebenaqnye kan.....

nak cakap sikit kat hati ni.

"Wahai hati...Setiap yang menimpa ke atasmu,terimalah apa adanya.Sekiranya ALLAH menguji,terima sahaja ujian itu...kerana bila hati diuji,dan kamu dapat menangani,Hati mu itu akan kuat melawan  ujian yang mungkin datang lagi..Wahai hati, usah mengharap pada manusia kerana apabila manusia memutuskan harapanmu, kamu akan terluka dan merana....Wahai hati,Jangan dicari kesempurnaan pada diri manusia yang kamu cintai dan sayangi,kerana dia juga punya kekurangan di sebalik kesempurnaan,ini kerana apabila mengharap kesempurnaan,kamu akan terluka kerana satu kekurangan...."


Nobody was perfect.... Patah hati, kenalah bangkit sendiri. Diri ini juga punya kelemahan....Ku doakan kalian bahagia sentiasa...





















Thursday, November 15, 2012

Hujan itu......

................................................................................................................................

ALLAH,give me a strong heart.........

Tuesday, October 16, 2012

Ikwanku

 Bismillahirrahmanirrahim..




Maha suci Allah yang telah mentakdirkan sesuatu buat hambaNYA. Syukurlah kerana dengan nikmatnya kita masih mampu untuk mengecapi cita-cita dan seterusnya tersenyum bahagia,dan kadangkala dengan nikmatnya yang datang dalam bentuk ujian. Beruntung sekali kita..Hiduplah dengan sebaiknya kerana DIA telah bekalkan kita dua benda yang utama..Alquran dan Assunnah. hiduplah dengannya.

Untuk para pemuda dan para pemudi..Alhamdulillah,Allah telah hadirkan Rasulullah di dunia,meskipun amat jauh sekali jarak kekasihnya dengan kita, Moga-moga kekasihnya itu sentiasa meniti di bibir dan jiwa.

Siapakah yang paling ajaib imannya,Rasulullah telah bersabda: 


Sebuah thoifah akhir zaman, datang sesudah kewafatanku,tak pernah bertemu denganku, tapi sangat mencintai diriku, melebihi rindu pada anak & ibu bapa mereka  rindu oh rindunya aku pada mereka, ya rindunya aku pada mereka,

"wahai abu bakar,tidakkah kamu juga merindukan mereka sedangkan mereka sangat merindukan diri kamu,kerana kamu sahabatku..mereka adalah ikhwanku,saudara-saudaraku, sedangkan kamu sahabat-sahabatku.Berbahagialah orang yang bertemu denganku,dan beriman denganku,berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku tapi beriman denganku.."

Ikhwanku orang ganjil di kalangan ummul mukminin, kerana mengikut cara hidup para siddiqin, berakhlak dengan akhlak nabi-nabi, berjuang bak tentera badar di kebangkitan kedua..Al-Mahdi dan Fata tamimi bersama jemaahnya,mereka adalah para ikhwan di akhir zaman, Di tangan inilah ALLAH-kan Islamkan dunia. Jika kamu telah mendengar tentang mereka, berbaiahlah sekalipun kamu terpaksa merangkak di atas salji,sekalipun kamu terpaksa merangkak di bara api.


InsyaALLAH , Semoga kita antara insan yang dirindui Rasulullah. Selamat berjuang teman.  Berjemaah demi ummah!...


Wednesday, September 26, 2012

Dalam Puji ku berserah diri


Bismillahirrahmanirrahim



Segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha mengasihani. Segala apa yang ada di langit mahupun di lautan,mahupun di daratan adalah menurut segala kehendak dan perintahMU. Segalanya patuh  dan tunduk dengan arahanMU. Sungguh ENGKAU lah yang maha kuasa atas segala kejadianMU. Begitu jugalah dengan diri ini. Kena patuh sepenuhnya dengan segala suruhan dan laranganMU.Ampuni segala dosa kami. Selagi diri tak dikebumi, selagi itulah musuhMU akan tetap mengawasi kami dan cuba untuk menjahanamkan kami sehingga mereka berjaya menakluk dan menjunamkan kami ke dalam api yang sangat panas membahang iaitu nerakaMU.ENGKAU lah yang berkuasa dan kami memohon perlindungan daripadaMU dari segala dukacita dan lindungi lah kami agar kami tetap di jalanMU. Maha Agung wahai Tuhan yang maha Pengampun. Ampuni dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami yang menggunung tinggi.

Sunday, September 9, 2012

Semangat yang datang


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini merupakan hari yang paling indah sekali yang saya rasa,persis hari-hari yang telah berlalu, tapi hari ini begitu aneh, sukar untuk digambarkan perasaan ini. Bermula pagi yang bercahaya, sehinggalah malam yang menggelap.Nikmat ALLAH yang amat-amat luar biasa.Bagaikan alam memeluk dan berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan kasih sayangNYA. ALLAH.. sungguh hebat,Mungkin kerana doa dan solat dhuhaMU. Alhamdulillah, urusan pada hari ini juga berjalan dengan lancar, selancar air terjun yang tiada halangannya.

 Bermula pada tarikh ini, sem yang ke7, semua berseri-seri wajahnya, datang ke kampus dengan semangat baru, nak dapatkan ilmu baru, dan segalanya lah. Alhamdulillah, si admin juga punya niat yang baru, "BELAJAR KERANA ALLAH!!". insyaALLAH, Semoga niat ini berterusan dan kekal, tak ada ketirisan di jalan perjuangan sepanjang sem7 ni. Berharap juga, selama tempoh yang ada ni, nak kutip sebanyak mungkin ilmu untuk akhirat, ye la kan, sem2 yang lepas kurang sangat join kuliah2 keagamaan. Mana taknye,  kaki bak kena paku je,MALAS sangat. InsyaALLAH, sambung balik amanah agama, mengajak adik-adik baru mencintai AL-Quran dan cinta kepada pencipta.

Tuesday, September 4, 2012

Sahabat Seperjuanganku


Sekejap je masa berlalu,tip top tip top, ooppss, dah nak ke penghujung pertemuan dah..
Allahurabbi ,kasih sayang yang telah Engkau limpahkan kepada kami mendekatkan kami kepadaMU.. Ada dah yang sambung master di UKM, sedang praktikal, kerja di pejabat dan aku masih lagi di sini,menghabiskan sisa perjuangan di UUM ni dalam Degree. Allah bersamaku dan bersama kalian. Semoga kalian di lindungi ALLAH selalu..


Saturday, June 16, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Ikatan Suci

Mereka datang ke bilikku, bersimpuh di atas tikar,lantas bertanya kepadaku tentang Islam yang sebenar-benarnya, Ada seorang sahabat membantu, Apa yang aku tahu,aku menjawabnya,apa yang tidak aku ketahui aku diam. Akhir persoalan, Ada seorang adik menanyakanku tentang jemaah islamiyyah.Ku dongakkan wajah ke arah mereka,Melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengetahui jawapannya lalu ku tersenyum dan menerangkannya.Mereka itu adalah orang-orang yang menegakkan islam,menegakkan Kalimah yang Agung iaitu Lailahaillallah,muhammadurrasulullah, Tiada tuhan melainkan Allah,Dan muhammad itu pesuruh Allah di atas satu ikatan. Ada Riak gembira di wajah mereka,lalu ku tanyakan kepada mereka..Kenapa tanya seperti itu..seorang daripada mereka menjawab."Kami ingin menyertainya,Bantu kami kak!".Sebelum sempat untuk aku mengiakannya, Azan subuh berkumandang tenang."Kita solat dulu ye??Jom Ambil wudu'..............".Aku bangun dan membuka mata.Hairan,Bilik gelap,mereka tiada di hadapan.Bisik hati,Aku bermimpi rupanya...Pembukaan subuh diakhiri dengan sebuah mimpi indah.memulas tombol pintu bilik,Azan dari masjid sayup-sayup kedengaran.Hujan rahmat!!!


Malam Sebelum itu
:::::::::::::~~~~~:::::::::::::


Assalamualaikum...
Malam ini akan diadakan jamuan untuk geng2 usrah..
Kami dengan berbesar hati menjemput kak fatihah
dan kak ema sebagai VVIP dan pembaca doa.
hehe..bertempat di surau blok c lpas maghrib.
Law boleh nak solat isyak jemaah sekali.
Teringin nak jd makmum kak~Baiti~

Mesej yang diterima di tatap sayu, Selama buat usrah dengan mereka tak pernah sekalipun solat berjemaah bersama-sama. Mana taknya, Selalu buat pagi, selepas asar, dan selepas isyak. Allahurabbi. Adik-adikku ni. Selepas beberapa ketika, mata terpaku kepada sebuah modul usrah. Tajuk apa yang hendak aku bentangkan dan bincangkan bersama dengan mereka pada malam nanti?? Persoalan macammana dan bagaimana nak bentangkan itu acap kali datang apabila setiap kali nak buat usrah. Bukan apa, Untuk menarik perhatian dan minat mereka dengan lebih mendalam. Ooo.. Bab tarbiah belum dibentangkan lagi..Lantas membaca isi yang terdapat di dalamnya. Allah, Permudahkan urusanku,  lancarkan percakapanku, dan tusuklah perkataanku sehingga berkesan di hati mereka. Ikhlaskan niatku!! Harapku seusai menelaah helaian kertas yang berwarna putih suci itu.

Setelah selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba, aku bersiap-siap untuk ke sana. Apa yang diorang buat? Dah selesaikah urusan mereka? Telekung untuk solat diletakkan di atas katil dan dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam beg biru yang dah lusuh. Walaupun dah pudar warnanya, beg inilah yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.Setia...(^_^)

###################################################################


"Ässalamualaikum", Sapaku kepada penghuni surau blok c sambil bibir tersenyum kepadanya.Dia yang sedang menyapu  debu-debu membalas salamku. Namanya bazilah, berasal dari melaka.. "Waalaikumussalam kak, Lama tak jumpa kak, saya nak habiskan kerja saya ni dulu, nanti kita salam ye".Pintanya.

"Ok.......,eh-eh, Comelnya anak-anak kucing ni, Kucing blok ni ye? Geramnya kak! Nak kacau mereka...". Beg yang tersandang di bahu, ku letakkan di tepi dinding dan kembali menghampiri "mereka" yang comel tu.Menjentik hidung si ibu, si anak pula yang buat muka..Haha,Tergelak seorang diri..



Melihat adik-adik usrah menghampiri, kami bersalam dan berpeluk semut sesama kami. Seorang daripada mereka menanyakan tentang kak ema, Kesiannya, kak ema tak dapat datang sebab dia ada hal lain. "Takpe, malam ni ada makan-makan kan?? biar akak yang tolong makankan, nanti kita ambil dan tagkan gambar makanan kat dia dalam fb dia....Hihihihi..". Mereka ketawa dengan omolanku. Biarlah asalkan mereka tidak terasa. Jom kita ke tengah sikit, Pintaku. Kita buat sedikit usrah dulu ya sebelum kita solat jemaah dan makan. Senyumku sambil melihat wajah-wajah mereka yang rindukan suasana usrah.Alhamdulillah......

"OK, malam ni sapa yang nak jadi pengerusi?" Melihat mereka menundukkan kepala, tersenyum malu, ada yang pucat mukanya, yang bermain hujung tudung dengan jarinya, ada yang asyik memandangku,  dan ada yang memandang siling sambil memuncungkan mulutnya. Hahahaha.."macam-macam adik-adikku ni"..tercetus di dalam hati. Saling suruh menyuruh antara satu sama lain." Satu saat nanti, akak akan pergi, jadi adik-adik semua kena bersiap sedia, sebab nanti adik-adik akan jadi seperti akak nanti, jadi mak usrah!"..Ku buat muka merajuk..

Nini mengangkat tangan untuk menjadi wakil sahabat-sahabatnya...."Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, sebelum kita mulakan majlis kita, kita bukakannya dengan Al-fatihah.............

Terima kasih kepada kak fatehah dan teman-teman kerana sudi hadir ke majlis ni, Majlis makan-makan ni di adakan sempena nak makan-makan la...hee,....Majlis ni diadakan untuk meraikan kak dan kak ema sebagai pengusrah kepada kami,Terima kasih sebab ajar kami apa yang kami tak tahu.....Sebelum kak mulakan usrah nati,saya nak tahulah sedikit sebanyak tentang usrah dari teman-teman pasal usrah yang  telah kak buat...sebab saya masuk ke dalam geng usrah ni pun dah agak lewat sikit berbanding teman-teman yang lain. ".. 

Pembukaan majlis yang mengombakkan jiwa. Tenangkan hati seketika..

Ku pandang wajah Bazilah, lantas dia menerangkan kepada teman-temannya tentang aktiviti yang telah dijalankan  dan tajuk-tajuk sepanjang usrah. Ada tentang akhlak seorang muslim, Uda dan dara, Perihal tentang rasulullah, Pemantapan aqidah, Ibadah dan banyak lagi. Aktiviti pula, Melukis, Berbuka puasa sekali,rehlah di tasik, Pertandingan bertentang mata dengan tentera monyet...hihihi dan banyak lagi la.

Kebanyakan daripada adik-adik adalah mereka yang tiada mengenali apa itu usrah, Mereka ingat,usrah ni macam mendengar ceramah,taklimat dan sebagainya sedangkan usrah itu boleh direalisasikan dengan rehlah, makan-makan, bermain sukan, shopping, melawat satu-satu tempat dan selainnya secara berjemaah..

Selepas penerangan oleh adikku bazilah selaku senior  kepada teman-temannya di dalam usrah tu, aku meneruskan niatku dengan memberi sedikit pencerahan kepada mereka walaupun aku gelap orangnya....
Setengah jam berlalu dan azan isyak berkumandang damai. Majlis ditutup dan masing-masing mengambil wudu'....

Menjadi imamah kepada mereka..(^^,). Selesai berdoa dan berpeluk mesra, masing-masing melipat sejadah..Bazilah dan atirah ke belakang sedikit, ku lihat mata mereka digenangi air..(=.=)

"Masak kat mana mihun dan semua ni?"..Tanya ku sambil mengambil pinggan plastik untuk dihidangkan kepada semua...

"Kami masak kat cangloon kak, rumah kakak atieka." Balas Bazilah.

"Hah?? Pergi dengan apa?? Susah-susah je semua ni." Sayu.....(=.=)

"Kami pergi dengan bus kak, balik dengan kereta sewa. Balas atieka pula."

"Ya Allah, dengan bawa makanan ni??"....Bertambah sayu!!(=.=)

"Aha kak,takpe la kak, kak, nanti kak potong kek tau,kita ambik gambar..Terima kasih kerana mengajar kami Al-quran dan menasihati kami tanpa mengenakan sebarang bayaran.." Pujuk Fatmah yang sama negeri denganku dan aku, hanya mampu menahan perasaan agar deraian air mata tidak dilihat mereka.



Sedap mihun yang korang masak ni. Terima kasih atas hadiah dan makanan yang korang sediakan ni. Allah dah membalasnya dengan ketenangan yang ada.

Hebatnya pertemuanMU ini ya ALLAH, Bukakanlah jalan kepada mereka dan kepadaku untuk memasuki syurgaMU..Makbulkanlah doa kami dan jadikanlah kami hambaMU yang solehah dan hambaMU yang mukminah.

~~Allah,Grace of love.....~~

Sunday, June 3, 2012

amazing..wauuuw



Cantik kek ni..dah la warne pink.He..tersangat-sangat suka.Bila nak dapat kek ni?Alamat tak makan la benda ni. Sayang nak makan, Buat Hiasan..(^_______^)..Sapa la yang kreatif sangat eh.Tentu orangnya jenis yang penyabar..(0_o)..Sekarang tengah belajar buat kek yang biasa-biase je dulu..kang nanti pro la.hihihi...PRO???insyaALLAH..Nak jadi surirumah, kenalah pandai memasak. JENG..JENG..JENG....

Saturday, June 2, 2012

Ya Ainun

     Sepasang mata ni masih belum mahu tutup lagi..Ya Allah kenapalah susah sangat nak pejam malam ni.Adakah effect dari mandi sebentar tadi ataupun kerana rumet tak balik lagi..Aii,selalunya boleh je tidor..emmmmm..Sepanjang perjalanan dari kampung tadi pun,tak dapat tidur gak..Nasib la badan.Sekarang pukul 2.03 pagi..eeeee..sabar yop!!!Bukak Fb, boring..asyik tengok status orang jer,baring ke kanan tak kena,baring ke kiri tak lena..duduk bersila terus..kalau tertido..tertido dalam keadaan bersila kot..huhuhu...sekejap buka buku,sekejap melukis..aiiiiiiii...semua lampu terpasang,buka nasyid,peneman di kala kesepian..mmmmm..Allah Tuhanku...Jadi aku patut takut pada Allah,bukan makhluk lain-nya.Haaaaiiissssshhh...

Thursday, May 24, 2012

Sang Pencari diri

Bismillahirrahmanirrahim,




Iman adalah kunci kesejahteraan dan kebahagiaan juga ketenangan dalam hidup.Orang yang tidak beriman akan sentiasa diselubungi soalan-soalan yang sering menghantui batin nya, Siapa aku?Mahu ke mana aku?Apa erti hidup ini?Aku datang dari mana?..Pelbagai soalan yang mnyesakkan dada.Bagaikan berjalan di dalam kegelapan yang tiada cahaya. mencemaskan dan menakutkan.Terkapai-kapai mencari jalan.Tidur tak lena,bangun tak selesa,siang gelisah,malam berkeluh kesah.Berapa ramai yang ada di dunia ini yang benar-benar mencari hakikat diri..Bagi orang yang beriman pasti akan menemui apa yang dicari.Tapi orang yang tidak beriman dan masih terkontang kanting dalam kehidupannya,macammana dia mahu mencari jawapan?Kembalikanlah kepada Tuhanmu yang menciptakan.


"YA ALLAH,tunjukilah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang ENGKAU beri nikmat kepadanya bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat......Ameeen.

Aku datang, aku tak tahu,dari mana?
Tetapi aku datang juga.
Aku menempuh jalan,terbentang di hadapanku
Lalu aku berjalan
Akan selamanya kah aku berjalan
Kalau aku mahu atau tidak mahu?
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan?
Aku tidak tahu!
Akukah yang mengendalikan diriku
dalam hidup ini?Atau aku dikendalikan?
Aku ingin supa aku tahu, Ttetapi....
Aku tidak tahu!
Barukah aku,atau sudah usang?
Dalam alam ini?
Adakah aku merdeka-bebas? 
Atau seorang tawanan yang terbelenggu??


Jalanku,adakah itu jalanku?
Panjangkah atau pendek?Adakah aku naik atau menurun atau masuk lubang?
Akukah yang berjalan, atau jalankah yang berjalan?
Ataukah keduanya berhenti, dan zaman mengalir cepat?
Aku tidak tahu!
 Bagaimana pendapatmu,sebelum aku menjadi manusia yang sempurna?
Adakah dahulunya belum apa-apa,ataukah sesuatu yang telah ada?
Adakah teka-teki ini untuk selamanya?
Aku tidak tahu.dan mengapa aku tidak tahu?
Aku juga tak tahu...

Wednesday, May 23, 2012

Feeling in Love

Bismillahirrahmanirrahim

Tatkala kalam-kalam indah datang menerpa, hari-hari menjadi indah, senyum meleret melakar di wajah. Muka yang berkerut bertukar menjadi tegang.

"Wah..wah..wah..Kenapa tiba-tiba wajah berseri-seri bak puteri ni? Tanya zulaikha kepada insyirah yang sedang bermain-main dengan anak rambutnya. Seperti sedang bahagia..

"Takde apa-apa la kak, ala, kan muka saya selalu berseri-seri je,a kak tak perasan ye?" Tanya insyirah sambil mengenyitkan mata. Sebuah senyuman manja yang selalu menceriakan keluarga nya itu terlihat sebentar di wajahnya.

"Emmm,ye ke tak ada apa-apa ni, tentu adik sedang menyembunyikan sesuatu ni..Cuba bagitahu akak, akak pun nak berkongsi juga apa yang adik rasa, kan dulu, masa akak sedih, adik selalu cakap, sharing is caring, and caring is loving, kalau tak share our problem, nampaknye adik dah tak sayang akak la." zulaikha memalingkan badannya seolah-olah merajuk.

Ala.ala.ala...dah mencecah 23 tahun pun masih nak merajuk, Ok, Jum kak kita duduk dulu..penat dah adik berdiri. Pujuk insyirah sambil tangannya memegang bahu zulaikha.

Di sudut kanan rumah ada bangsal yang dibuat oleh ayahanda mereka. Angin pada waktu itu sepoi-sepoi bahasa, tenang dan indah dengan perhiasan pokok-pokok bunga yang ditanam dan dijaga oleh ibunda mereka. Pelbagai jenis bunga seperti mawar merah,kemboja putih,bunga kekwa berwarna kuning tumbuh mekar dan harum semuanya. Bunga orkid yang menjadi kesukaan zulaikha pun ditanam. Berjuntai di satu sudut. Cantik seperti cantiknya bidadari yang mendiami di istana yang sederhana. Insyirah duduk sambil malu-malu, zulaikha pula semakin berkeinginan untuk mengetahui rahsia yang dirahsiakan oleh adiknya itu.

"Aii, semakin parah dah akak tengok ni, Risau dengan adik ni.." Risau zulaikha sehingga dahinya berkerut.

"Hehehe,akak ni, Biasa je la.Tak de apa-apa pun,Akak pernah tak jatuh cinta??"Tanya insyirah sambil menundukkan pandangannya.

"Hah,jatuh cinta??Adik sedang angau ke ni?Adik jatuh hati kat siapa? Orang tu akak kenal ker? Lelaki tu dari kampung kita ke dik?Berurai air mata zulaikha bila dia membayangkan yang ada seorang jejaka telah mencuri hati adiknya tu.


"Isshh akak ni, ke situ pulak. Mana ada, kan adik masih kecil lagi, baru umur 20 tahun. Tak main la cinta sebelum nikah ni. Kan ayah dah penah pesan dan akak pun dah berkali-kali ingatkan adik agar tidak mencintai lelaki yang belum sah menjadi milik kita kan..Adik tak lupa la kata-kata akak tu. Issshh akak ni." jelas insyirah kat zulaikha sambil mencubit kedua pipi kakaknya yang comel tu..

"aaoouuuh!sakit la dik, tengok dah merah dah pipi akak ni.risau akak bila adik tanya macam tu, mana la tahu kot-kot adik minat kat orang dari bangladesh ke, somalia ker..takke pengsan ayah ngan mak nanti."bagitau zulaikha sambil melepaskan kerisauan yang besar,air yang berkocak tenang kembali.

"Hahaha, ada pulak kakakku yang comel ni, akak belum menjawab soalan adik ni.Akak pernah jatuh cinta?

Jatuh cinta??emmmh, zulaikha tersenyum."Pernah, dan sekarang pun masih merasainya. Cinta tu wujud setelah kita mengenalinya.Terasa indah akan kehadirannya.Cinta itu hanya dirasa oleh orang-orang yang tertentu sahaja.Jika cinta itu hilang,rugi la kita."

"Akak...."

"Ishh, jangan fikir bukan-bukan, Cinta ALLAH,cinta kepada rasulullah, cinta pada ibu ayah, cinta kepada saudara akan membuatkan kita tenang selama-lamanya.Tahu tak dik, bila kita kenal sesuatu tu,kita akan mencintainya, Lebih-lebih lagi bila sesuatu tu sayang kat kita lebih dari kedua ibu bapa kita. DIA ada di mana-mana, tak kira masa kita susah, tak kira masa kita senang. Masa kita susah, DIA memberi pahala, Masa kita senang, diujinya kita agar kita tak melupakan DIA. Sweet kan ALLAH.

 "Ye kak..".senyuman terlakar entah kali ke berapa..

Melihat insyirah semakin berminat untuk mendengar bicara hati hatinya, dia meneruskan kata-kata....

"Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah telah berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-ku terhadapKU, Aku bersamanya ketika dia mengingatiKU. Apabila dia mengingatiKU dalam dirinya, nescaya AKU juga akan mengingatinya dalam diriKU. Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku juga akan mengingatinya didalam satu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKU dalam jarak sejengkal, nescaya AKU akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKU sehasta, nescaya AKU akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKU dalam keadaan berjalan, nescaya AKU akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari.

"Allah itu maha Pengasih kak,mengasihi hamba-hambaNYA, dari semiskin hamba hinggalah yang punya harta berjuta-juta. Kasih sayang buat hambaNYA adalah sama. DIA juga Maha Adil kan kak.. Jiaka manusia,mencintai kerana harta, paras rupa dan lain-lainnya.Jika tak berpuas hati dengan kekasihnya, maka kekasihnya tu akan ditinggalkan.Sebab tu ramai yang putus cinta..tapi ALLAH tak begitu kan kak, walaupun hamba-hambaNYA melupakan DIA ,tetap juga DIA memberi nikmat kesihatan,rezeki yang limpah ruah, nikmat ketenangan,kebahagiaan.Manusia mencintai manusia kerana satu keperluan sedangkan ALLAH mencintai hambaNYA kerana manusia itu hambaNYA..Nampak gayakan cinta yang akak rasa tu,sama apa yang adik rasa. Bahagia kak..!"Lancar bicaranya.

"Alhamdulillah,moga cinta yang kita rasa ni tak berpenghujung ye dik.Selalulah berbicara denganNYA di dalam hati, agar kita tak lupakan DIA dan DIA selalu ada di hati kita..Jom masuk dalam, dah nak pukul 7 dah ni..Anak dara tak elok dok luar rumah senja-senja macam ni..nanti diusik makhluk ALLAH yang lainnya pula.heeeee.."Ajak Zulaikha.

Insyirah bangun dan menggeliat."Jom kak, nak mandi nak solat maghrib ngan ayah plak ni..". Alhamdulillah, Segala nikmat datang daripadaNYA juga. "Insyirah sempat membetulkan kedudukan baju kurungnya sambil membututi langkah zulaikha.


"CINTA ITU SATU FITRAH,CINTAILAH ALLAH,PENCIPTAMU,RASULULLAH,TELADANMU IBU BAPA, PENDIDIK DAN PENGASUHMU DAN SAUDARA-SAUDARAMU...




Saturday, May 19, 2012

TERPILIH


Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana telah menganugerahkan aku Agama yang paling suci dan hidayah yang sukar untuk didapati. Syukurku hanya mampu ku panjatkan kepadaMU yang telah menjadikan aku sebagai hambaMU.....اهدنا الصراط المستقيم

"KERANA KAU YANG DIPILIH"....Ya..kerana aku terpilih...Alhamdulillah...(=.=)....jagalah aku agar aku sentiasa berada dekat denganMU...

Friday, May 18, 2012

Usrati..(^^,)

Bismillahirrahmanirrahim...


Rindunya nak bersama-sama dengan DIA..nak sujud lama-lama..Rindu semakin membuak-buak. Bagaikan mahu bertemu dengan kekasih tercinta. (^^,),,


Pelbagai cara yang diri ini buat untuk melayan perasaan ini. Berzikir bila bersendiri, mengajar mengaji untuk meraih cinta suci, berbicara denganNYA juga, terkadang tersenyum sendiri bila terasa bicara ku seolah-olah terbalas dan dijawab olehNYA..terasa juga diri ini bagaikan orang gila. Tak apalah...Rindulah ALLAH,Kerana kepada DIA juga tempat kita kembali.

Hari ni mengajar mengaji, muqaddam dan dengar bacaan adik-adik usrah di UUM ni. Alhamdulillah, ahli bertambah seorang lagi. berasal dari negeri sembilan, norliza namanya.Adik-adik yang lain dah lancar muqaddam. Alhamdulillah, Baiti, wani, ina,yang dulu tak tahu baca huruf hijaiyyah dah boleh baca huruf-huruf yang bersambung, dah tahu yang mana panjang dan pendek. Alhamdulillah, bukan saja boleh baca muqaddam, malah dah jadi budak-budak baik dah, dalam halaqah pun dah banyak mulut. Alhamdulillah.. Sekarang jumlah adik- adik usrah seramai 12 orang....moga-moga semuanya akan bersama nanti,bagai sebuah ikatan lidi,kuat dan takkan patah..(^^,)

GENERASI...
##########




Diri ini akan pergi juga dari UUM ni.Jadi untuk meneruskan Usrah dan kelas mengaji ni, diri ini cuba untuk mendidik dan melatih adik-adik untuk menjadi mak usrah, tapi buat masa ni diorang masih malu-malu, tak tahu apa nak dibincangkan...hehehe...Teringat satu ketika, tatkala berusrah di padang yang lapang, bau rumput yang segar yang masih baru di mesin, kami berhalaqah sambil bersantai. tatlaka itulah datang tentera monyet ke arah kami. "Tak boleh lari...nanti dia kejar". Kata seorang sahabatku."Ok...kita jangan lari..kalau dia datang,kita buat dek je ye..".aku mententeramkan adik-adik yang semestinya muka mereka dah kelihatan pucat..dan aku???turut gementar juga.Biasalah, tentera monyet di UUM ni memang ganas semuanya. Sesekali aku melawak, "sabar dik, diorang nak join usrah dengan kita...zikir kepada ALLAH.."

Diri ini semakin gementar saat tentera monyet tu datang semakin dekat..kami menunduk bermohon kepada ALLAH agar diberi kekuatan, Ku mendongak sedikit untuk melihat adik-adik,mereka menangis sambil bibir menyebut nama ALLAH, Bau hamis si monyet tersangat kuat. dan ku tahu, si monyet tu berada di belakang ku. YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH.....lama juga kami bertakafur di situ..menunggu tentera monyet beredar."kak, jom kita lari...."pujuk seorang daripada mereka."ok,tapi kita gerak pelan-pelan,dan sorang-sorang..jangan lari..."arah sahabat yang ketika itu matanya masih merenung mata si monyet yang berada di atas dahan berdekatan dengan diri ini.
Fuh....Lega seketika, Alhamdulillah....melihat monyet itu beredar, perasaan gemuruh yang tadi memuncak dalam diri juga beredar. tapi still  kaki dan tangan masih menggeletar. Ketika dalam keadaan macam ni baru kita nak mengingati ALLAH kan..cuba ku pancing adik-adik untuk tenang..Senyap semuanya..hihihi..takut lagi la tu....

Semoga apa yang ku curahkan kepada adik-adik akan terkesan di hati mereka.InsyaALLAH..sedang menunggu seorang adik lagi.Nak ajar dia bahasa arab..^^, tapi sebelum ajar bahasa arab, kena ajar huruf hijaiyyah dulu..tak kenal huruf hijaiiyah,susah untuk baca dan tulis nanti..

Semoga berjaya semuanya Dunia dan Akhirat.Ameen..

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu..

Bismillahirrahmanirrahim



Segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha pengampun,segala puji hanya untuk dia yang sentiasa melindungi dan menjaga diri ini.Subhanallah,jika menghitung segala apa yang aku lakukan di dunia selama 23 tahun ni, tak terhitung segala anugerah dan nikmat yang diberikanya kepadaku. Ibu,ayah, abang, kakak, adik,saudara mara, sahabat dan segala isi dunia untuk menemaniku dalam perjalanan, dan sesekali DIA tidak membiarkan aku hidup sendirian.ALHAMDULILLAH...

13/5 merupakan hari ibu sedunia. Syukur kepada allah kerana telah mengurniakan aku seorang ibu yang sanggup menemaniku dan memberi kata-kata semangat kepadaku saat aku resah dan gelisah, turut tersenyum ketika aku ketawa ceria. Bukan setakat itu yang ia berikan kepadaku...Kasih sayang yang setulusnya, pengorbanan yang tiada taranya, Doa yang tiada penghujungnya, Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau telah menurunkan bidadari ini di dunia untukku.

Di relung hati sentiasa merindui, semalam aku telah menelefon ibuku.........

NURUL: Selamat hari ibu mak....

MAK: terima kasih la sebab telefon.(mak ketawa)

NURUL: mak,nurul tiada hadiah nak bagi..yang ada hanya doa...(hati sayu secara tiba-tiba..)

MAK: takpe la takde hadiah pun, teringat kat mak pun dah cukup...(ada nada sedih di situ...)

Terima kasih ya ALLAH engkau telah mengurniakan IBU kepadaku..tanpa ibu, tiadalah aku..

Sebagaimana kamu menjaga bunga yang kamu sayang,begitulah juga ibu yang menjaga kamu, tapi menjagamu lebih dari kamu menjaga bungamu.

Peluk cium dari anakanda yang jauh di mana, dekat di jiwa. InsyaALLAH ibu,ku lakukan yang terbaik dan terdaya untuk menjadi anak yang solehah untuk mu...




Monday, April 23, 2012

Jaga hati Ini




Jauhi hati mu dari mengingati selain daripada ALLAH, Pegang erat hatimu dengan kalimah Allah agar hatimu sentiasa terjaga.Wahai hati, hatimu serapuh kaca, yang bila terhempas akan berderai. wahai hati, hatimu seringan kapas, bila-bila masa akan terbang ditiup angin. Wahai hati, hatimu sepersis kelopak bunga, bila-bila akan berguguran jatuh ke bumi.

Hati, jagalah hati ini. lindungilah dia dengan sentiasa bermujahadah. Lindungi dia dari mengingati selain ALLAH. Rindulah manusia bila tiba waktunya.

Ya Tuhan, aku berlindung dengan kalimahMu, Rindu aku hanya kepadaMU, Cinta aku hanya untukMU...Sedaya upaya aku cuba untuk menghampirimu, tetapi dosa-dosa yang telah aku lakukan, menjarakkan batas antara aku dan ENGKAU. Wahai tuhan sedangkan aku tahu, ENGKAU sentiasa dekat sekali denganku.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, April 22, 2012

Dari sujud ke sujud

Bagaimana ku jelaskan cinta kerana itu tak dapat dikhabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu kurnia ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta 
bila malu selalu melandaku
semua rasa itu, malu rasa bahagia,
takut dan cemburu pun kurnia ilahi

Dari sujud ke sujud
sejuta doa ku lantun untuk cinta, 
dalam hati anak-anak manusia hamlumninannas,
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
subhanallah cinta kita terus bertasbih


Bagaimana ku jelaskan cinta kerana itu tak dapat dikhabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu kurnia ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu, malu rasa bahagia,
takut dan cemburu pun kurnia ilahi

Dari sujud ke sujud
sejuta doa ku lantun untuk cinta, 
dari hati anak-anak manusia hamlumninannas,
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
subhanallah cinta kita terus bertasbih

Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih.

Subhanallah,Subhanallah,subhanallah
Dari sujud ke sujud.



Saturday, April 21, 2012

Bingkisan ukhwah




Sejernih embun sesejuk salju,
Seharum bunga mekar di taman,
Sebersih pasir pantai yang memutih
Indahnya ibarat ukhwah kita..
Allah telah berfirman dalam alquran,
Orang beriman adalah bersaudara,
Tiada nilaian harta dan darjat,
Asal bersatu dalam dua kalimah ,
Manis ukhwah dapat dirasa,
Kerana madunya kasih sayang,
Andai ianya telah binasa,
Diri manusia hidup kesepian,
Hati insan gersang kekosongan,
Andai tiada pada ketakwaan.
Jadikan ukhwah sejati,
Hindarkan segala sengketa.
Agar hati diberi ketenangan,
Hidup ceria tiada kesunyian.


Nurul Fatihah
~1.03 pagi~

Monday, April 16, 2012

Perbaikilah arah Hati


Bismillahirrahmanirrahim

Bila hati dipandu dengan iman, semuanya akan sempurna. Segala amalan yang nak dibuat terasa mudah. Tapi kan, iman seperti air..Kadang-kadang surut, kadang-kadang naik. Kekadang kat bawah, kekadang kat atas. Ye la kan, Kita bukan diciptakan sebagai malaikat yang constant amalannya,punya tahap iman yang sama kan..tapi kita ni manusia..yang kadang kala sentiasa buat dosa.Walaupun kita sendiri yang tak teringin untuk mendapatkannya.


Hati yang berada di dalam dada kita ini telah diciptakan oleh Allah dalam keadaan yang mudah terpengaruh, Mudah berubah dan sangat sensitif.

Perhatikanlah insan itu, dia kelihatan sangat penat dihadapkan penuh dengan masalah, hatinya dipenuhi dengan perbuatan maksiat sehingga membeku. Ia pulang ke rumahnya dengan membawa semua itu kemudian duduk di kerusi sambil menonton tv tapi sensitifnya hati manusia!

Benar hati manusia memang mudah terpengaruh.Lihatlah bagaimana hati seseorang ibu sangat terikat dengan anak-anaknya. Lihatlah bagaimana hati seorang anak terikat dengan ibunya dan lihatlah bagaimana hati seorang suami terlalu terkait dengan isterinya.
Setiap orang dari kita memiliki arah yang dituju oleh hatinya.Kerana itu wahai saudaraku,perbaikilah hatimu hanya untuk tuhanmu dan bangunlah qiam.


Sumber:Nikmat bermunajat kepada ALLAH

Friday, April 13, 2012

Al-Ghoffar

Bismillahirrahmanirrahim



Daripada Anas bin Malik r.a berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:Allah berfirman:

Sesungguhnya DIA lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Wahai anak adam!Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKU maka aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap itu sesuatu bebanan. Wahai anak adam!, Sekalipun dosamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak adam!, Jika kamu menemuiKu( selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudian kamu menemuiKu dalam keadaan yang tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.


(Riwayat Imam Tarmizi.)


Sesungguhnya Allah itu adalah pencipta yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Oleh itu, Kembalilah kepada DIA Allah azzawajalla kerana DIAlah satu-satunya tuhan yang menjadikan kita.





Wednesday, April 11, 2012

Peringatan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,diri yang penuh dengan dosa masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi yang serba indah ini.

Bangun pagi gosok gigi
ambil wuduk
hampar sejadah,
mula dengan takbiratul ihram, berakhir dengan salam


Alhamdulillah,berteleku di atas sejadah sebentar, mulut terkumat kumit baca al-mathsurat, lantas,tangan ke atas mata terpejam,tahu..ingin sangat doa terangkat ke langit lantas malaikat- malaikat mengaminkan dan ALLAH memakbulkan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.


Membuka helaian dari al-furqan, Surah AL-mukminun,juzu'23:

Disebabkan tekak yang sejak akhir-akhir ini terasa kering, bacaan terasa sedikit terganggu..

Bismillahirrahmanirrahim,Segala puji bagi Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.....

Al-mukminun dari ayat 1 hingga 17.Alhamdulillah, terkandung di dalam ayat-ayat ini tentang perihal orang-orang yang beriman. Tahukah siapa orang yang beriman itu??Ayat pertama Allah memuji dan ayat 2 hingga 9,ciri-cirinya.

Apakah ciri-cirinya??

Orang yang beriman itu adalah orang yang khusyuk solatnya, orang yang menjauhi perbuatan  dan perkataan yang tidak berguna dan sia-sia, orang yang menunaikan zakat, orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali yang selayaknya iaitu untuk isteri-isteri atau hamba sahaya, yang memelihara amanah-amanah yang ada padanya, dan orang-orang yang menjaga solatnya..

Wahai diri, banyak lagi yang perlu kamu perbaiki.Banyak sangat kekurangan, manakan tidak, solat pun masih belum khusyuk,masih lagi melakukan perbuatan dan percakapan yang sia-sia.membuang masa begitu saja.Sanggup berbual berjam-jam dengan kawan-kawan, merempit, berbalas-balas mesej dengan yang bukan halal,Sibuk dengan urusan-urusan pejabat, Harta bertimbun-timbun tak diberi kepada yang hak, Rasuah sana sini.

Musahabah diri~~melangkahlah untuk ke hadapan bersama seiringan dengan orang-orang yang beriman kerana orang-orang yang berimanlah yang akan mewarisi dan akan memasuki syurga firdaus dan akan kekal di dalamnya. Allah.

                                         


Ingatlah diri, sebelum kamu dijadikan seperti hari ini,diciptakan kamu dari setitis air mani yang hina,dan tersimpan di dalam rahim, dari mani--->>segumpal daging--->>menjadi tulang-belulang---->>dibungkus dengan daging, lalu tumbuhnya jari-jari, mata, cukup masanya lahir ke dunia dan pastinya dan sudah semestinya yang hidup akan kembali dan akan mati.

                                              

(Alam roh, Alam rahim, Alam dunia, Alam kubur, Alam akhirat )Peringkat kehidupan Manusia..


Asalnya Adam dan hawa itu di dalam syurga, moga-moga aku akan selamat kembali ke sana.InsyaALLAH..





.

Tuesday, April 10, 2012

Bidadari



"Sesungguhnya bidadari nanti akan bernyanyi di syurga, Kami para bidadari cantik disembunyikan khusus untuk suami-suami mulia.."



(Sahih Al-Jami':1602)